Wednesday, May 19, 2021

FNS SECARA GLOBAL MELANCARKAN SATU PERKHIDMATAN APLIKASI UNTUK FANTOO, SEBUAH PLATFORM BERASASKAN RANGKAIAN UNTUK PEMINAT-K

 




- Acara tinjauan bagi Peminat-K sebagai meraikan pelancaran


SEOUL, Korea Selatan, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FNS Co., Ltd mengumumkan pelancaran rasmi untuk perkhidmatan aplikasi bagi FANTOO, sebuah platform rangkaian peminat tegar global bagi Peminat Hanryu, di 175 buah negara.
 
FANTOO telah dibangunkan untuk 100 juta Peminat-K di seluruh dunia. Ia telah diwujudkan dengan satu matlamat untuk mempromosikan budaya Hanryu (Gelombang Korea) di seluruh dunia dan memberi ruang kepada pengguna untuk bersuka ria dan berinteraksi.

Aplikasi FANTOO itu menyediakan pelbagai perkhidmatan, yang termasuk penciptaan kelab peminat, ganjaran pengguna, sembang & terjemahan berbilang bahasa, sebuah utusan dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, Karaoke FANTOO untuk konsert langsung, penstriman langsung artis, panggilan suara dan sembang, dan pengesanan Deepfake dan kandungan dewasa berasaskan AI.

Dengan Karaoke FANTOO untuk konsert langsung, pengguna boleh menikmati nyanyian lagu-lagu khas, K-Pop dan juga mempamerkan persembahan nyanyian mereka melalui penstriman langsung tepat masa. Nyanyian itu boleh dirakam dan dimuat naik sebagai kandungan. Di samping itu, fungsi ini dapat digunakan untuk berkomunikasi dan pertandingan nyanyian di antara kelab-kelab peminat.

Sebagai meraikan pelancaran rasmi aplikasi FANTOO itu, FNS telah menganjurkan acara khas, “Tinjauan Terbaik Hanryu lwn Terbaik Dunia” bersama Realmeter, penyedia perkhidmatan tinjauan pendapat umum terbaik di Korea. Acara ini telah dianjurkan dengan satu matlamat untuk mempromosikan budaya Hanryu di seluruh dunia dan pada masa yang sama meninjau keutamaan dan pengiktirafan orang ramai mengenai Hanryu.

Bermula 17 Mei, selain satu tinjauan melalui telefon yang dijalankan oleh Realmeter dengan 1,000 orang di Korea, satu tinjauan Internet akan diadakan di laman web rasmi FANTOO (http://fnsworld.com/kor/vote.html?lang=_en) secara serentak. Peserta dalam acara ini akan disajikan dengan pelbagai hadiah melalui satu cabutan.

Hasil tinjauan itu akan dipaparkan di aplikasi FANTOO dan laman web rasmi. Satu video yang menganalisis hasil tinjauan itu akan juga disiarkan di saluran YouTube Realmeter (https://www.youtube.com/channel/UCJd4z633LElnCm2wM0TdCfw/featured).

“FANTOO, sebuah platform peminat tegar global untuk Peminat-K yang merobohkan sempadan di antara negara dan generasi serta halangan bahasa akan menjadi satu-satunya platform di dunia yang menyediakan pelbagai kandungan yang berkaitan dengan Hanryu,” kata seorang pegawai FNS. “Kami akan mengembangkan bidang perniagaan menjadi pelaburan, beli-belah, pembayaran, dan penstriman langsung dan perkhidmatan perdagangan agar FANTOO akan berkembang menjadi sebuah platform yang secara selamat mendukung penyebaran budaya Hanryu ke seluruh dunia.”

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/52428946/en


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14551

No comments:

Post a Comment