Monday, May 3, 2021

MARY KAY MENERUSKAN KOMITMEN MEREKA SELAMA BEBERAPA DEKAD TERHADAP INOVASI PENJAGAAN KULIT DENGAN PENYELIDIKAN BAHARU MENGENAI TOLERANSI RETINOL

 

Syarikat Kosmetik Global Membentangkan Penyelidikan Sains Kulit Terkini di Reunión Anual de Dermatólogos  Latinoamericanos 2021


DALLAS, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai satu daripada inovator terkemuka di dunia di dalam penyelidikan sains kulit selama hampir enam dekad, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka yang telah berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi kemajuan penjagaan kulit canggih pada Reunión Anual de Dermatólogos Latinoamericanos (RADLA) 2021, sebuah persidangan saintifik Amerika Latin. Acara maya itu yang diadakan pada 15-18 April memberi satu peluang kepada pakar-pakar dermatologi di seluruh dunia untuk bertukar-tukar maklumat mengenai kemajuan teknologi dan pencapaian saintifik baharu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210429005370/en/
 
Melalui sesi secara langsung dan atas permintaan, acara tersebut menghimpunkan penyelidik, ahli akademik dan ahli sains daripada komuniti dermatologi global. Poster dan sesi saintifik melancarkan yang terkini di dalam penyelidikan dan analisis sains kulit. Mary Kay amat berbangga untuk berkongsi penyelidikan mengenai proses retinisasi secara beransur-ansur yang secara signifikan meningkatkan toleransi terhadap retinol tulen pekat yang lebih tinggi, dan pada  masa yang sama memberikan manfaat kulit utama retinol. Proses retinisasi secara beransur-ansur ini dibangunkan dengan menggunakan satu siri kajian keselamatan dan klinikal selama 12 minggu.

“Retinol adalah satu bahan standard emas apabila ia berkaitan dengan penjagaan kulit. Produk kecantikan yang mengandungi retinol dipasarkan secara global tetapi produk retinol dengan kepekatan yang lebih tinggi biasanya dikaitkan dengan potensi kerengsaan kulit, sensasi yang menyakitkan dan mengelupas ketika kulit menyesuaikan diri kepada penggunaan retinol. Melalui kajian keselamatan dan klinikal di Amerika Syarikat dan China, kami mendapati bahawa satu proses retinisasi secara beransur-ansur dapat meningkatkan toleransi dengan ketara dan masih memberikan manfaat kulit yang diketahui berkaitan dengan retinol,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Sains di Mary Kay Inc. “Kami berbesar hati untuk membentangkan penemuan kami di RADLA di kalangan pakar-pakar penjagaan kulit terkemuka di dunia pada acara berprestij ini.”

RADLA telah diwujudkan pada tahun 1972 disebabkan oleh kepentingan dan tanggungjawab sosial perubatan bagi dermatologi yang semakin meningkat di Amerika Latin. Semasa persidangan tahunan itu, pakar-pakar penjagaan kulit terkemuka dari seluruh dunia berkumpul untuk bertukar-tukar penemuan saintifik mengenai pelbagai topik dalam pelbagai bidang dermatologi.

“Penyertaan kami di RADLA adalah satu peluang yang luar biasa untuk bekerjasama ketika kami  meneruskan komitmen untuk terus berada di barisan hadapan di dalam kemajuan kesihatan kulit,” kata Dr. Lucy Gildea. “Ini adalah satu daripada satu siri perkongsian dengan komuniti saintifik dan akademik bagi mengembangkan lagi kepimpinan Mary Kay di dalam pengembangan produk berasaskan sains ketika kami terus menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay dan pencinta jenama kami di seluruh dunia.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14502

No comments:

Post a Comment