Tuesday, May 18, 2021

EKSPO DATA BESAR TERKEMUKA CHINA AKAN MEMULAKAN ACARA DALAM TALIAN PADA 20 MEI




GUIYANG, China, 17 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China (CIBDIE) 2021, ekspo data besar terkemuka di negara itu, akan diadakan di Bandar Raya Guiyang di barat daya China dari 26 hingga 28 Mei.

Acara itu menggabungkan penyertaan dalam talian dan luar talian, yang merangkumi persidangan, pameran, pelancaran produk baharu, peraduan dan aktiviti lain. Satu pameran profesional akan diadakan secara dalam talian dan luar talian, dengan acara dalam talian akan dimulakan pada 20 Mei, menurut Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China.

Pameran dalam talian itu telah menarik banyak perusahaan data besar di dalam dan luar negara sejak ia dibuka untuk pendaftaran.

Gergasi industri di dalam dan luar negara, seperti NTT Data, Baishan Cloud, King Base dan DT Dream telah mendaftar untuk acara tersebut. Lebih daripada 260 perusahaan industri data besar telah memohon untuk menyertai di dalam pameran dalam talian itu setakat ini.

Platform pameran dalam talian itu akan memperlihatkan ciri-ciri jenama dan pameran utama bagi beratus-ratus perusahaan yang mengambil bahagian melalui video, gambar, teks, dan mengumpulkan tetamu dan profesional dari seluruh pelosok dunia untuk bertemu secara dalam talian.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14547

No comments:

Post a Comment