Monday, April 22, 2019

PASUKAN GERAK GEMPUR AMBANK JUARAI KARNIVAL CANDAT SOTONG KALI KE-6

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasukan Gerak Gempur Kelab Kumpulan AmBank dengan tangkapan seberat 44.2 kilogram sotong menjuarai acara berpasukan, Karnival Mencandat Sotong 2019 yang berlangsung 13-14 April, di Marang, Terengganu.

Pasukan KAG K-Swab di tempat kedua manakala pasukan VVIP di tempat ketiga. Sahfudin Mohd Atan pula memenangi hadiah sotong terpanjang dengan sotong sepanjang 43.7 cm.

Hadiah disampaikan Presiden KAG yang juga merupakan Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Syed Anuar berkata sejumlah 200 peserta terdiri daripada 136 lelaki dan 64 wanita mengambil bahagian dalam acara yang terbuka kepada semua kakitangan Kumpulan AmBank.

“Jumlah tangkapan 160.4 kg. Tidak salah lagi, ini merupakan salah satu aktiviti kami yang paling popular dan sambutan yang menggalakan dengan penyertaan yang lebih ramai tahun ini,” katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment