Monday, April 29, 2019

JENAMA-JENAMA TERKEMUKA P&G TERMASUK PAMPERS, ARIEL DAN HERBAL ESSENCES MEMPERLUASKAN KEPIMPINAN DI DALAM PENGGUNAAN BERTANGGUNGJAWAB

PARIS, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) hari ini memperincikan hala tuju dan tindakan yang diambil oleh jenama kepimpinan mereka untuk meningkatkan impak positif terhadap masyarakat dan alam sekitar menerusi kriteria “Jenama 2030” mereka. Hari ini pada persidangan Jenama Mapan Paris, pegawai-pegawai kanan Syarikat telah menyampaikan satu rangka kerja yang berpandangan ke hadapan, termasuk strategi berinovasi yang akan memberi inspirasi dan membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab bagi lima bilion pengguna yang disampaikan oleh P&G setiap hari. Jenama-jenama terkemuka P&G termasuk Pampers®, Ariel® dan Herbal Essences® sedang berkembang di dalam mengamalkan rangka kerja ini dengan tindakan dan komitmen yang akan membantu mempercepatkan gaya hidup yang mapan.

“Pelanggan tidak lagi mahu berkompromi dengan prestasi untuk terus hidup secara mapan dan mereka mengharapkan jenama-jenama untuk mengambil tindakan yang bermakna dalam menyelesaikan beberapa cabaran yang paling rumit yang dihadapi dunia,” kata Marc Pritchard, Ketua Pegawai Jenama P&G. “Inilah sebabnya mengapa P&G memberi tumpuan kepada mencipta semula pemasaran bagi menggunakan jangkauan dan suara untuk jenama kami sebagai satu daya bagi kebaikan dan satu daya bagi pertumbuhan. Kami mahu jenama-jenama kami berkembang dan mencipta nilai dan pada masa yang sama mempunyai impak yang positif, berjangka panjang dan boleh diukur terhadap masyarakat dan alam sekitar.”

Kriteria Jenama 2030 itu disebarkan dalam dua bidang, setiap satu menggariskan tindakan konkrit yang boleh diambil oleh jenama-jenama untuk menjadi satu “daya bagi kebaikan dan daya untuk pertumbuhan”:
  • Cita-cita Jenama di mana jenama-jenama meletakkan komitmen sosial atau alam sekitar yang strategik di tengah-tengah pengalaman pengguna mereka, untuk membantu menangani satu cabaran masyarakat di mana mereka dapat menyumbang secara unik dan penuh bermakna.
  • Asas-asas Jenama di mana jenama berinovasi merentasi produk dan pembungkusan, memanfaatkan suara mereka untuk menggalakkan kemapanan sosial dan alam sekitar dan telus mengenai bahan-bahan dan sains keselamatan mereka dan pada masa yang sama mengurangkan impak kepada rantaian bekalan mereka.

Contoh-contoh mengenai bagaimana jenama terkemuka P&G sudah mengamalkan kriteria itu menerusi penyataan jelas cita-cita dan melaksanakan pelan mereka termasuk:

Cita-cita Ariel adalah untuk mencipta semula kebersihan yang lebih baik bagi mengurangkan penggunaan sumber sebanyak 50% dalam bidang impak utama seperti tenaga dan air dengan memacukan produk, perkhidmatan dan inovasi pembungkusan. Asas-asas Ariel itu termasuk komitmen pembungkusan terbaru mereka, sebagaimana yang diumumkan hari ini, seperti berusaha untuk membuat kesemua pembungkusan mereka dapat dikitar semula menjelang tahun 2022 dan bagi mengurangkan pembungkusan plastik sebanyak 30% menjelang tahun 2025. Selain itu, Ariel menggunakan suara mereka untuk membantu membentuk suatu masa hadapan yang sama rata melalui kempen seperti “Partage des taches” di Perancis dan “Berkongsi Beban itu” di India, yang menyokong idea bahawa lelaki dan wanita sama berkongsi tugas menguruskan rumah tangga.

Cita-cita Herbal Essences itu adalah untuk membolehkan semua orang menikmati kuasa positif alam semula jadi dan bagi menyokong biodiversiti untuk kepentingan manusia sejagat dan bumi ini. Selain itu, Herbal Essences sedang mengetuai cara untuk berkongsi maklumat komprehensif mengenai ramuan mereka, dengan jelas menerangkan 4 langkah proses keselamatan mereka dan diiktiraf oleh PETA sebagai sebuah jenama yang bebas daripada kekejaman. Herbal Essences bio: pembaharuan adalah jenama penjagaan rambut global yang pertama untuk memiliki botani mereka yang disahkan oleh Royal Botanic Gardens, Kew, sebuah autoriti yang terkemuka di dunia berhubung tumbuh-tumbuhan. Herbal Essences juga memanfaatkan suara mereka untuk menggalakkan pelancaran pembungkusan yang direka untuk membantu mereka yang cacat penglihatan dan botol-botol plastik pantai di pasaran terbesar mereka, Amerika Syarikat.

Cita-cita Pampers adalah untuk memberikan berjuta-juta bayi peluang untuk pembangunan sihat yang bahagia, bekerjasama dengan kalangan profesional penjagaan kesihatan, ibu bapa dan NGO. Sebagai sebahagian daripada Asas-asas Jenama 2030 P&G, Pampers sedang memperkenalkan 7 Tindakan untuk Kebaikan’ termasuk tindakan-tindakan konkrit berikut: Meneruskan langkah berinovasi ke arah penyelesaian lampin yang lebih mapan untuk mencapai kemajuan ke arah pengurangan1 30% bahan-bahan lampin yang digunakan oleh setiap bayi sepanjang waktu mereka menggunakan lampin. Dengan inovasi dan menggunakan bahan-bahan secara lebih berkesan, jenama itu telah mengurangkan purata berat bagi lampin mereka sebanyak 18%2 dalam tempoh 3 tahun yang lalu, dengan kekeringan yang dipercayai yang sama. Kitar semula3 utama untuk lampin dan tisu kesat dan komitmen kepada melancarkan kemudahan kitar semula di tiga buah bandar raya menjelang tahun 2021. Dengan kerjasama UNICEF, Pampers telah membantu menghapuskan maternal dan neonatal tetanus di 24 buah negara. Pada Mac 2019 sebuah lagi negara -- Chad, kini telah menghapuskan penyakit ini, membolehkan kira-kira 880,000 nyawa4 yang baru lahir diselamatkan sejak tahun 2006.

“Kriteria Jenama 2030 itu menunjukkan kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin jenama dengan menentukan apa yang dimaksudkan dengan sebuah jenama individu bagi membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab. Mereka memastikan satu penyatuan yang teliti dan berjangka panjang bagi impak sosial dan alam sekitar yang bermakna dan boleh diukur ke dalam strategi dan pengalaman jenama secara keseluruhan -- berbanding satu inisiatif pemasaran yang ditaja oleh jenama tunggal atau mengaktifkan sebahagian  campuran pemasaran,” kata KoAnn Vikoren Skrzyniarz, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jenama-jenama Lestari.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12087

No comments:

Post a Comment