Monday, April 29, 2019

P&G MENJALIN KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN KESAN ALAM SEKITAR DAN PUNCA PENDAPATAN PEKEBUN KECIL DALAM RANTAIAN PEMBEKALAN MINYAK SAWIT

CINCINNATI, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam meraikan Minggu Bumi dan untuk meneruskan komitmen mereka dalam memacukan sebuah masa hadapan yang lebih mapan, Procter & Gamble Company (NYSE: PG) telah mengumumkan satu kerjasama baharu dengan Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia (MISI), International Plant Nutrition Institute (IPNI) dan Yara International untuk membantu meningkatkan punca pendapatan bagi pekebun kecil di dalam rantaian bekalan sawit P&G di Malaysia. Selepas kejayaan satu projek perintis yang diadakan antara tahun 2015 dan 2018, Syarikat itu telah memperluaskan program tersebut yang bekerjasama dengan pekebun kecil kelapa sawit persendirian untuk meningkatkan hasil buah mereka secara keseluruhan melalui latihan dan pelaksanaan amalan pertanian yang lebih mapan dan yang terbaik dalam kelasnya.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190426005048/en/

P&G komited untuk mendapatkan sumber kelapa sawit yang bertanggungjawab dan telah mengumumkan peningkatan punca pendapatan bagi pekebun kelapa sawit sebagai satu daripada matlamat kemapanan alam sekitar Cita-cita 2030 mereka. Pada hari ini, pekebun kecil menyediakan kira-kira 40% bekalan minyak sawit dunia, namun kebanyakan daripada mereka mempunyai pengetahuan atau akses yang terhad kepada sumber pertanian untuk membantu memaksimumkan tanaman mereka.

Projek perintis itu memberi tumpuan kepada menilai keupayaan garis pangkal bagi kira-kira 2000 pekebun kecil di negeri Johor, Malaysia. Berikutan kejayaannya, program itu telah berkembang untuk mewujudkan 250 buah ladang pembelajaran yang akan ditanam di dalam sebuah sistem inovasi yang diterajui oleh P&G. Ladang-ladang ini akan berfungsi sebagai pusat sumber komuniti untuk memacukan skala dan penyebaran amalan pertanian yang baik bagi sehingga 10,000 pekebun kecil dalam tempoh lima tahun akan datang. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil sebanyak 30-50%, meningkatkan mata pencarian pekebun kecil dan memastikan amalan yang mapan di dalam rantaian bekalan minyak sawit P&G.

“Kami percaya bahawa kami boleh menjadi satu daya kekuatan untuk kebaikan dan satu daya kekuatan untuk pertumbuhan. Program ini menggambarkan komitmen kami untuk memacukan usaha kemapanan jangka panjang,” kata Jack Ryan, Naib Presiden, P&G Chemicals. “Kami sangat berbangga dengan kerja yang kami lakukan di Malaysia kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan bagi komuniti tempatan dan pengguna global yang kami berkhidmat yang mahukan produk yang lebih mapan.”

Petani dari 250 buah ladang pembelajaran akan mempunyai akses secara langsung kepada pegawai agronomi dan pegawai bidang kemapanan dan menerima sokongan nasihat teknikal secara langsung. Bersama-sama, mereka akan berusaha untuk melaksanakan pengurusan operasi ladang yang terbaik dalam kelasnya termasuk pengoptimuman penuaian, rancangan nutrisi dan pengurusan bajet. Sebagai balasan, pekebun kecil ini akan bertindak sebagai pelatih sumber dan menskalakan usaha kepada petani lain dalam komuniti mereka.

P&G percaya usaha ini membantu memindahkan pekebun kecil ke arah yang betul dan menetapkan mereka untuk kejayaan jangka panjang. Kemapanan bagi sistem itu disokong oleh satu minat dan kepentingan bersama bagi pekebun kecil, pemproses minyak sawit dan rantaian bekalan baja. Matlamat itu adalah untuk meningkatkan produktiviti bagi ladang dan bagi memenuhi permintaan yang berterusan untuk minyak kelapa sawit dan minyak isirung kelapa sawit yang mapan.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai MISI (Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia)

Terletak di Shah Alam, Malaysia berhampiran Kuala Lumpur, Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia (MISI) adalah satu daripada enam pusat di dalam Rangkaian MIT Global SCALE (Rantaian Bekalan dan Logistik Kecemerlangan). Institut itu dilancarkan sebagai satu inisiatif bersama di antara Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan kerajaan Malaysia. Rangkaian MIT Global SCALE adalah sebuah persekutuan antarabangsa yang terdiri daripada organisasi penyelidikan dan pendidikan terkemuka, yang berdedikasi kepada pembangunan dan penyebaran inovasi global di dalam rantaian bekalan dan logistik.

Maklumat mengenai Yara

Yara mengembangkan pengetahuan untuk bertanggungjawab memberi makan kepada dunia dan melindungi bumi ini, untuk memenuhi visi kita bagi sebuah masyarakat kolaboratif, sebuah dunia tanpa rasa lapar dan sebuah planet yang dihormati. Untuk memenuhi komitmen ini, kami telah menjadi peneraju di dalam membangunkan peralatan pertanian digital bagi pertanian kepersisan dan bekerja rapat dengan rakan-rakan di seluruh rantaian nilai makanan untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian pemakanan tanaman yang mesra iklim. Di samping itu, kami komited untuk berusaha ke arah pengeluaran baja mineral lestari. Kami memupuk sebuah budaya terbuka bagi kepelbagaian dan kemasukan yang menggalakkan keselamatan dan integriti bagi pekerja, kontraktor, rakan perniagaan kami, dan masyarakat secara keseluruhan. Ditubuhkan pada tahun 1905 untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang berlaku di Eropah, Yara mempunyai kehadiran di seluruh dunia dengan kira-kira 17,000 orang pekerja dan operasi di lebih 60 buah negara. Pada tahun 2018, Yara melaporkan pendapatan sebanyak USD 12.9 bilion. www.yara.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190426005048/en/

Hubungi

Hubungan P&G:
Robyn Schroeder
Komunikasi Global P&G
E-mel: Schroeder.rm@pg.com

Sumber : Procter & Gamble
 

No comments:

Post a Comment