Thursday, April 4, 2019

CROWNBIO DAN HUBRECHT ORGANOID TECHNOLOGY MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK, TERMASUK LESEN EKSKLUSIF UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN UBAT PRAKLINIKAL BERDASARKAN ORGANOID ONKOLOGI

Kerjasama menggabungkan teknologi organoid yang cemerlang dengan koleksi PDX terbesar di dunia untuk mencipta platform penyelidikan translasi terbitan pesakit yang unik
 
SAN DIEGO, 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme hari ini mengumumkan bahawa syarikat induk tersebut, JSR Corporation, telah menjalin kerjasama strategik dengan Hubrecht Organoid Technology (HUB).

Perjanjian itu memberikan CrownBio, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh JSR Corporation, lesen eksklusif untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengesahan ubat onkologi praklinikal menggunakan Teknologi Organoid HUB, termasuk akses kepada bank bio organoid tumor yang sangat dicirikan HUB. CrownBio dan HUB juga bakal melancarkan program penyelidikan & pembangunan kerjasama untuk memacu pembangunan lanjutan Teknologi Organoid, sementara CrownBio akan menubuhkan pusat operasi baharu di Utrecht, Netherlands.

Organoid terbitan sel stem dewasa HUB, yang dibangunkan oleh Prof. Hans Clevers di Institut Hubrecht, Utrecht dijana menggunakan kaedah kultur proprietari terpiawai. Organoid mencipta semula tumor dalam pesakit dan dicirikan secara terperinci oleh patologi, genomik dan sensitiviti kepada ubat yang diketahui dan dalam percubaan.

“Perjanjian ini merupakan saat penting dalam pertumbuhan dan evolusi syarikat kami,” kata Dr. Jean-Pierre Wery, CEO CrownBio. “Kerjasama ini menempatkan CrownBio di barisan hadapan penyelidikan praklinikal global dengan mencipta platform translasi tanpa bandingan bagi memacu pembangunan dan pengesahan ubat.”

Meneruskan kepimpinan global dalam Xenograf Terbitan Pesakit (PDX), CrownBio akan menawarkan perkhidmatan farmakologi dan translasi komprehensif berdasarkan Teknologi Organoid HUB, menetapkan platform unik yang menggabungkan saringan in vitro Organoid Terbitan Pesakit (PDO) dan organoid terbitan PDX (PDXO), yang dipadankan dengan model in vivo hiliran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12018

No comments:

Post a Comment