Thursday, December 6, 2018

TAPAK ULASAN KOSMETIK UTAMA ASIA @COSME MENGUMUMKAN "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2018"

TOKYO, 3 Dis., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- "LIP TINT" keluaran OPERA Memenangi Hadiah Utama -

istyle Inc. (TSE Seksyen Pertama, Kod Syarikat: 3660), sebuah pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada tapak ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia, mengumumkan “ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2018 @cosme” pada 3 Dis., 2018.

Maklumat mengenai @cosme:
@cosme adalah satu daripada laman web maklumat mengenai kecantikan yang terbesar di Asia, dengan satu pangkalan pengguna setia yang terdiri daripada wanita Jepun. Maklumat dan ulasan yang disiarkan di @cosme membuat ia berguna untuk penjagaan kecantikan harian wanita, sekali gus membolehkan ia memperolehi sokongan yang meluas.

(Imej1: https://kyodonewsprwire.jp/img/201811290901-O1-0aUfq4se)

Maklumat mengenai ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK @cosme:
Anugerah itu meliputi produk kosmetik dan kecantikan yang mendapat sokongan paling banyak daripada pengguna, berdasarkan kepada ulasan yang ditulis pada tahun 2018 oleh ahli-ahli @cosme yang telah menggunakan produk tersebut. Pemenang-pemenang bagi anugerah itu telah dipilih mengikut kedudukan produk. Barisan produk yang memenangi anugerah, yang mencerminkan pendapat pengguna biasa, telah menarik perhatian daripada pelbagai pihak yang terlibat dari pengguna kepada pegawai di dalam industri kosmetik dan penjagaan kecantikan.

Hadiah Utama 2018 dimenangi oleh "LIP TINT" dari OPERA untuk tahun kedua berturut-turut dan telah menerima sambutan yang paling menggalakkan daripada pengguna di @cosme. Di samping harganya yang berpatutan, tiga ciri utama bagi LIP TINT iaitu "kelembapan, warna yang tahan lama dan pemakaian yang selesa" telah meraih markah tinggi sebagai sebuah seri warna bibir. Tambahan pula, warna terhad dikeluarkan satu demi satu, silih berganti menarik tumpuan dan mendapat perhatian pengguna sepanjang tahun 2018. Sebagai bukti popularitinya, produk itu juga memenangi tempat pertama sebagai "Kedai Hit Terbaik @cosme" yang diputuskan semata-mata pada jualan di kedai @cosme di seluruh Jepun.

(Imej2: https://kyodonewsprwire.jp/img/201811290901-O2-0Gng6jx7)

Untuk butiran, sila layari:

Bahasa Jepun
http://www.cosme.net/bestcosme/2018/

Bahasa Inggeris
http://us.cosme.net/bestcosmeRankings

Bahasa Cina Tradisional
http://tw.cosme.net/bestcosmeRankings

Bahasa Cina Dipermudahkan
http://cn.cosme.net/bestcosmeRankings

Bahasa Korea
http://kr.cosme.net/bestcosmeRankings

istyle Inc. secara serentak mengumumkan, "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK UrCosme (@cosme TAIWAN)," yang mencerminkan trend kecantikan Taiwan bagi tahun 2018 pada hari yang sama pada laman kumpulan itu "UrCosme (@cosme TAIWAN)," yang merupakan sebuah tapak maklumat dan ulasan kecantikan di Taiwan. Anugerah ini adalah berdasarkan kepada kedudukan produk yang mendapat sokongan yang paling banyak daripada pengguna. Pada tahun ini, Hadiah Utama UrCosme (@cosme TAIWAN) diraih oleh "VINYL CREAM LIP STAIN" keluaran YVES SAINT LAURENT.

Untuk butiran, sila layari:
(Bahasa Cina Tradisional sahaja)
https://www.urcosme.com/beauty-awards/2018/annual_index

Hubungi:
Tomoko Noda
Kumpulan Perhubungan Awam
istyle Inc.
Tel: +81-3-5575-1286
E-mel: istyle-press@istyle.co.jp

Sumber: istyle Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11689

No comments:

Post a Comment