Friday, December 7, 2018

LEDDARTECH MEMACU MOMENTUM DENGAN $US 23.7 JUTA PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK

Pembiayaan terbaru untuk menyokong pertumbuhan pantas dan usaha pembangunan LeddarTech untuk penyelesaian proprietarinya berdasarkan platform pembangunan LiDAR automotifnya yang unik, yang kian menarik perhatian pembekal Peringkat-1

BANDAR QUEBEC, 5 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang membekalkan platform pembangunan LiDAR automotif paling versatil dan boleh skala mengumumkan penyelesaian pembiayaan $US 23.7 juta ($CDN 31.4 juta) yang telah berjaya dilakukan. Pembiayaan ini akan membolehkan syarikat untuk terus mengembangkan kumpulan penyelidikan dan pembangunannya dalam mempercepatkan pengenalan platform pembangunan LiDAR automotif miliknya.

Pembiayaan ini merangkumi pinjaman pusingan daripada Desjardins Group, salah satu koperasi kewangan Kanada, serta nota boleh tukar daripada pemegang saham sedia ada, yang dipimpin oleh Desjardins-Innovatech, S.E.C.

“Pembiayaan daripada pelabur strategik dan kewangan kami ini, serta sokongan berterusan daripada rakan kongsi perbankan dalam pertumbuhan kami merupakan bukti terhadap kepercayaan berterusan mereka pada LeddarTech,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. Tambah beliau, “Syarikat juga mempertimbangkan peluang tambahan untuk H1 2019 dalam meningkatkan lagi operasi dan memacu strategi pergi ke pasaran.”

“Kami mendapat perhatian yang tinggi untuk platform pembangunan LiDAR kami, dengan enam vendor peringkat-1 sedang aktif membangunkan penyelesaian LiDAR bergred-automotif berdasarkan Leddar Engine dan sistem pada cip LeddarCore, serta minat yang mendalam daripada ramai rakan kongsi strategik prospektif lain yang kini dalam perbincangan untuk kerjasama yang berpotensi. Pelaburan baharu ini akan membolehkan kami untuk memperkukuhkan organisasi pada semua aras untuk memenuhi permintaan pasaran dan menyokong pelanggan-pelanggan baharu,” kata Frantz Saintellemy, presiden dan COO LeddarTech. 

No comments:

Post a Comment