Friday, December 7, 2018

DILIGENT YANG MENGHASILKAN PRODUK BLUEPRINT ONEWORLD DAN CSC MENDEDAHKAN SATU PERKONGSIAN BAHARU YANG MENYATUKAN PENGURUSAN ENTITI GLOBAL YANG TERBAIK DALAM KELASNYA DAN PERKHIDMATAN EJEN BERDAFTAR DALAM SATU PAKEJ


NEW YORK, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Diligent hari ini mengumumkan bahawa produk Blueprint® OneWorld mereka akan bergabung dengan CSC, sebuah penyedia global terkemuka bagi perkhidmatan Ejen Berdaftar, melalui satu penyepaduan integrasi teknologi baharu yang akan menawarkan satu penyelesaian pengurusan entiti global yang terbaik dalam kelasnya kepada organisasi yang mencari cara yang lebih cekap untuk menguruskan entiti.

Dalam landskap pengawalseliaan yang rumit pada hari ini, kalangan profesional undang-undang dan pematuhan memerlukan satu kombinasi teknologi dan perkhidmatan pengurusan entiti global untuk memacukan kecekapan, meningkatkan pematuhan, dan mengurangkan risiko secara berkesan. Dengan menyatukan perisian Blueprint OneWorld dan perkhidmatan Ejen Berdaftar CSC, perikatan yang baharu terbentuk ini menyahut tuntutan ini dengan satu penawaran yang disatukan.

"Kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang menyelaraskan kecekapan dan meningkatkan pematuhan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko dan pendedahan," kata Liam Healy, Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan bagi Blueprint OneWorld. "CSC adalah standard emas bagi perkhidmatan Ejen Berdaftar dan perkongsian ini memberikan peluang yang baik untuk menawarkan kepada pelanggan kami dengan satu penyelesaian bersepadu dengan kelebaran dan nilai yang tiada tandingannya."

Bersama-sama, Blueprint OneWorld dan CSC akan membangunkan sebuah penyelesaian bersepadu untuk perkongsian data di antara pengurusan entiti global mereka dan penawaran perkhidmatan Ejen Berdaftar yang akan menghasilkan tiga manfaat utama bagi pelanggan:

1. Pengesahan data dan dokumen penduduk dengan kadar lebih cepat;

2. Peningkatan ketepatan data dengan penyelarasan berterusan; dan

3. Peningkatan kecekapan operasi melalui satu penyelesaian tunggal untuk perkhidmatan dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya.

"Perkongsian di antara Blueprint OneWorld keluaran Diligent dan perkhidmatan ejen berdaftar CSC berpotensi untuk merubah permainan dalam membantu organisasi untuk menjadi lebih cekap, dan pada masa yang sama meningkatkan pematuhan dan mengurangkan risiko," kata Teresa Kennedy, Pengurus Entiti Undang-undang, Perkhidmatan Bahan Api Dunia. "Saya percaya ini akan membantu syarikat-syarikat dalam mengekalkan data dan dokumen kesetiausahaan korporat, mewujudkan pendaftaran baharu, menguruskan pembaharuan dan mengendalikan pengeluaran dalam bidang kuasa Amerika Syarikat."

Dengan tumpuan yang bersatu padu terhadap keselamatan, perkongsian ini akan menyediakan kepada pelanggan dengan satu sumber kebenaran yang tunggal yang meningkatkan tadbir urus secara ketara kerana keputusan dibuat berdasarkan kepada data yang lebih tepat. Selanjutnya, capaian global yang digabungkan akan menawarkan penyelesaian pengurusan entiti yang disesuaikan untuk pelanggan sedia ada dan masa depan yang sesuai dengan saiz, anggaran dan lokasi geografi mereka.

"CSC telah menjadi pembekal pilihan bagi syarikat-syarikat Fortune 500® yang terkemuka bagi perkhidmatan entiti yang selamat, boleh dipercayai dan boleh diharapkan selama lebih  115 tahun," kata Jennifer Kenton, Naib Presiden Kanan bagi jualan global untuk CSC. "Kami sangat teruja dengan perkongsian ini dengan Diligent kerana kami akan dapat menawarkan pelanggan mereka dengan pilihan untuk mengintegrasikan data pengurusan entiti kritikal dengan lancar ke dalam Blueprint® OneWorld dan pada masa yang sama menyediakan mereka dengan perkhidmatan pelanggan yang telah memenangi anugerah yang dikenali ramai.

Maklumat mengenai Diligent 

Diligent adalah penyedia terkemuka bagi penyelesaian tadbir urus dan kerjasama korporat yang selamat bagi lembaga pengarah dan eksekutif kanan. Lebih 12,000 pelanggan di lebih 90 buah negara dan di tujuh benua bergantung kepada Diligent untuk pengedaran bahan-bahan lembaga secara selamat bagi memastikan keselamatan pesanan, kepatuhan bersepadu, penilaian lembaga dan pengurusan entiti. Tadbir urus Awan adalah satu-satunya penyelesaian yang memenuhi keperluan tadbir urus yang berkembang bagi organisasi-organisasi terkemuka. Layari diligent.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat mengenai CSC 

CSC menyediakan penyelesaian yang berasaskan pengetahuan bagi setiap fasa dalam kitaran hayat perniagaan, untuk membantu perniagaan membentuk entiti, mengekalkan pematuhan, melaksanakan urusan urus niaga, dan menyokong hartanah, M&A, dan urus niaga korporat yang lain di beratus-ratus bidang kuasa di Amerika Syarikat dan antarabangsa. Kami menjalin hubungan dengan beberapa bank dan peminjam komersial terbesar di dunia untuk mengurangkan risiko dalam portfolio lien mereka, meningkatkan kelajuan urus niaga mereka, dan mewujudkan satu persekitaran yang selamat bagi keperluan pemprosesan kewangan mereka. Kami juga menyediakan penyelesaian bagi penyediaan dan rekod dokumen hartanah secara selamat. Kami adalah rakan kongsi yang dipercayai bagi 90% daripada Fortune 500®, hampir 10,000 firma undang-undang, dan lebih daripada 3,000 organisasi kewangan. Beribu pejabat di Wilmington, Delaware, Amerika Syarikat, sejak tahun 1899, kami adalah sebuah syarikat global yang mampu melakukan perniagaan di mana-mana pelanggan kami berada -- dan kami menyempurnakannya dengan menggunakan pakar-pakar dalam setiap perniagaan yang kami tawarkan.
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181204005227/en/


Hubungi

Bagi pihak Diligent Corporation
Greg Nyhan, 646-215-6884
gnyhan@mww.com

Sumber : Diligent

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment