Monday, December 24, 2018

AMMETLIFE BOLOT ANUGERAH PENGENDALI TAKAFUL KELUARGA TERBAIK

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) – AmMetLife Takaful Bhd menggondol Anugerah Pengendali Takaful Keluarga Terbaik pada majlis anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara yang diadakan baru-baru ini.

Pengendali takaful itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia merupakan penerima tunggal bagi kategori takaful keluarga. 

“Dalam tempoh dua tahun lepas, AmMetLife Takaful telah memulakan inisiatif yang pertama seumpamanya: produk takaful keluarga pertama yang diedarkan menerusi dalam talian yang dinamakan i-am Wira, dan perlindungan takaful iMeriah, skim takaful di mana manfaatnya dibayar dari segi barang runcit,” kata syarikat itu.

i-am Wira merupakan produk takaful keluarga sumbangan tetap individu yang mempunyai tiga pelan untuk dipilih dengan perlindungan sehingga RM200,000 dan pelanggan berpotensi boleh memilih dan membuat proses permohonan menerusi empat langkah mudah dalam talian.

Sementara itu, bagi iMeriah, AmMetLife Takaful bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings untuk menawarkan perlindungan automatik kepada ahli kad Meriah mereka yang layak dengan penama atau waris seterusnya akan menerima perbelanjaan percuma sebanyak RM300 sebulan untuk membeli keperluan harian di gedung Mydin bagi tempoh 12 bulan sekiranya kematian ahli kad.

Terdahulu, tahun ini, iMeriah memenangi Anugerah Inovasi daripada Persatuan Takaful Malaysia.

Majlis anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara itu diadakan bagi kali kedua untuk menghargai perintis dalam kewangan Islam di rantau ini dengan tema “Kecemerlangan Menerusi Inovasi”.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment