Tuesday, December 18, 2018

SEBUAH IKLIM PERNIAGAAN YANG SEMAKIN BERMANFAAT MENARIK LEBIH RAMAI PELABUR GLOBAL KE DONGGUAN

DONGGUAN, China, 17 Dis (Bernama) -- Konvensyen Usahawan Dongguan Sedunia 2018 telah diadakan di Dongguan dari 13 hingga 14 Disember. Lebih daripada 1,200 ahli perniagaan Dongguan di luar negara telah mengadakan majlis perjumpaan besar-besaran di kampung halaman mereka untuk memperluaskan kerjasama perniagaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar raya China selatan itu telah mengalu-alukan peningkatan jumlah syarikat-syarikat dan projek-projek global yang unggul berikutan persekitaran perniagaannya yang terus bertambah baik.

Dongguan adalah tempat kepada 391,000 perusahaan persendirian dan 586,900 perniagaan perseorangan menjelang akhir tahun 2017, dengan jumlah modal berdaftar melebihi 18 bilion yuan (USD 2.62 bilion). Dasar-dasar yang menggalakkan dan iklim perniagaan yang baik telah membolehkan sektor swasta bagi bandar raya itu untuk berkembang dengan lancar. Pada tahun 2017, Dongguan telah melancarkan pelan untuk memperbaiki kedua-dua skala dan kecekapan bagi perusahaan besar. Dengan memberi tumpuan kepada dasar, industri, tanah, modal dan bakat, Dongguan menawarkan kepada syarikat-syarikat perintis dengan 20 dasar keutamaan inklusif serta satu panel pakar-pakar untuk berunding, bagi memastikan syarikat-syarikat ini menggandakan saiz dan faedah ekonomi mereka.

"Acara dua tahun sekali itu menyediakan kepada usahawan Dongguan di luar negara dengan satu peluang untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai realiti pelaburan bandar raya itu dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama perniagaan dengan Dongguan. Ketika Inisiatif Belt and Road yang dicadangkan oleh China dan strategi Guangdong-Hong Kong-Macau Greater Bay Area terus berkembang, ia sedang meningkatkan kadar untuk membina sebuah ekonomi terbuka yang baharu dan melaksanakan dasar-dasar keutamaan bagi mencorakkan iklim perniagaan yang lebih baik. Oleh itu, ahli-ahli perniagaan ini adalah lebih yakin dan tidak sabar-sabar untuk melabur di bandar raya itu," kata Yin Hongwei, pengarah bagi jawatankuasa eksekutif Konvensyen itu dan pengerusi bagi Persekutuan Usahawan Dongguan Sedunia (WDEF).

Satu majlis menandatangani telah diadakan oleh Dongguan Investment Group Co., Ltd. (DIG) dan WDEF. Projek-projek yang ditandatangani ini, termasuk empat untuk pelaburan perindustrian dan tujuh bagi perkhidmatan kewangan, tergolong ke dalam bidang-bidang seperti pembangunan industri pintar baru muncul, pelaburan ekuiti persendirian dan perkhidmatan kewangan sains dan teknologi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pada majlis penandatanganan itu, pelaburan dalam industri-industri dan dalam ekuiti persendirian adalah masing-masing bernilai lebih daripada 27.5 bilion yuan (USD 3.99 bilion) dan 3.5 bilion yuan (USD 508.7 juta), dan PKS diberikan barisan kredit bernilai 20 bilion yuan (USD 2.9 bilion ) untuk perkhidmatan kewangan sains dan teknologi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11727

No comments:

Post a Comment