Menyokong pemacu bervoltan tinggi dan arus besar untuk pembersih vakum robot kegunaan di rumah dan mesin pencetak.
TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah memperluaskan barisan pemacu brushed motor peletakan permukaan kecil mereka dengan penambahan "TB67H420FTG," yang menyokong pemacu bervoltan tinggi, arus besar untuk pembersih vakum robot kegunaan di rumah, mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.
Sebuah pemacu berkuasa tinggi adalah satu keperluan asas untuk motor yang digunakan di dalam mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain, terminal perbankan, pendispens tunai, dan peralatan rumah yang memerlukan pemanduan tork yang tinggi. Kerana skop penggunaan meningkat, begitu juga permintaan untuk pengecilan dan peranti yang menjimatkan ruang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10540
No comments:
Post a Comment