TOKYO, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah melancarkan "TB9120FTG", sebuah pemacu stepping
motor 2 fasa arus malar untuk aplikasi automotif. IC baharu itu
menghasilkan sebuah gelombang sinus di dalam arus elektrik dengan
menggunakan hanya sebuah antara muka input jam yang mudah, tanpa
memerlukan sebuah MCU berfungsi termaju atau perisian khusus.
Penghantaran sampel bermula pada November, dengan pengeluaran
besar-besaran dijadualkan bermula pada Julai 2019.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10482
No comments:
Post a Comment