KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Tanggal 18 September sehingga 21 September 2017 yang lalu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS telah menyertai Pameran 8th Muslim World Business Centre yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra,PWTC dan telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.
Program yang dianjurkan ini, merupakan salahsatu platform baharu pemasaran antarabangsa KUIS bagi memperkenalkan KUIS di peringkat global.
Pengalaman baharu ini sangat mengujakan memandangkan objektif program adalah memperlihatkan dunia bertapa perniagaan umat islam hari ini sangat berkembang pesat dan maju dari pelbagai sudut termasuk pendidikan.
Pelbagai delegasi daripada negara-negara islam turut serta bagi membincangkan isu-isu umat islam hari ini daripada pelbagai aspek ianya membuka mata dunia bertapa umat islam hari ini boleh berjaya dan bersaing dalam pasaran industri samada didalam mahupun diluar negara.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10470
No comments:
Post a Comment