Pemenang Anugerah Jualan Tertinggi dan Anugerah Khidmat Pelanggan Akan Diiktiraf di Las Vegas
FAIRFAX, Va., 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Stevie® Awards, penganjur program anugerah perniagaan perdana dunia
telah membuka penyertaan untuk Stevie Awards bagi Jualan dan Khidmat
Pelanggan 2018 (tahun ke-12). Kit penyertaan dan maklumat lengkap untuk
pertandingan boleh didapati di http://www.StevieAwards.com/Sales.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/046857e5-784f-4818-9ec3-acd4c87065f4
Semua
khidmat pelanggan, pusat perhubungan, pembangunan perniagaan dan
jabatan jualan, pasukan dan para profesional seluruh dunia layak untuk
dicalonkan, sebagai tembahan kepada produk dan perkhidmatan baru serta
pembekal penyelesaian yang digunakan oleh para profesional tersebut.
Anugerah 2018 itu akan mengiktiraf pencapaian dari 1 Julai 2016.
Tarikh
tutup untuk penyertaan awal dengan bayaran penyertaan lebih rendah
ialah pada 18 Oktober 2017. Tarikh tutup penyertaan terakhir ialah pada
15 November, tetapi penyertaan lambat akan diterima sehingga 11 Januari
2018 dan dikenakan bayaran lewat. Finalis akan diumumkan pada
pertengahan Januari manakala pemenang Stevie Awards untuk Emas, Perak
dan Gangsa akan diumumkan ketika bankuet anugerah gala pada 23 Februari
di Caesars Palace, Las Vegas.
Stevie Awards untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan menampilkan lebih daripada 135 anugerah jualan, anugerah khidmat pelanggan, anugerah pembangunan perniagaan, anugerah produk baharu dan kategori anugerah pembekal penyelesaian. Jumlah pencalonan dan kategori yang boleh dihantar bagi setiap peserta adalah tidak terhad.
Tahun
2018 bakal menyaksikan kembalinya Stevie Awards Pilihan Ramai untuk
Khidmat Pelanggan Kegemaran, iaitu ciri popular Stevie Awards untuk
Jualan dan Khidmat Pelanggan di mana orang ramai boleh mengundi untuk
penyedia khidmat pelanggan kegemaran mereka, dalam kalangan pencalonan
Finalis dalam kategori Jabatan Khidmat Pelanggan Terbaik Tahun Ini.
Pemenang
Stevie Awards edisi 2017 untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan antara lain
termasuk 1-800-FLOWERS.COM, Inc., Adobe Systems, Inc., Aflac, Dell
Technologies, Delta Air Lines, Deutsche Post DHL, Guidewell Connect,
IBM, Inci Akü GS Yuasa, VIZIO, Inc. dan Wyndham Vacation Ownership.
Perihal Stevie Awards
Stevie
Awards dianugerahkan dalam tujuh program. Pertandingan Stevie Awards
menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada
organisasi di lebih daripada 60 buah negara. Stevie Awards mengiktiraf
organisasi tanpa mengira jenis dan saiz dan pekerjanya, ia mengiktiraf
prestasi memberangsangkan di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui
dengan lebih lanjut tentang Stevie Awards di http://www.StevieAwards.com.
Hubungan:
Maggie Gallagher
Maggie@StevieAwards.com
+1 (703) 785-0176
SUMBER : The Stevie Awards
No comments:
Post a Comment