YOKOHAMA, Jepun, Oct 19 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Pada persidangan media di Persidangan Dunia Ke-18 bagi Kanser Paru-paru
(WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru
(IASLC) hari ini mengetengahkan penemuan yang menakjubkan dalam kajian
tentang kedua-dua kanser paru-paru sel kecil dan bukan sel kecil. Kajian
yang dibentangkan merangkumi bidang penyelidikan yang luas, daripada
pengesahan kriteria klasifikasi yang sedia ada untuk memastikan
kesahihan bukti untuk menyokong penggunaan intervensi yang khusus.
Spesimen biopsi didapati boleh dipercayai untuk menilai ekspresi DLL3 dalam kanser paru-paru sel kecil
Spesimen
biopsi kanser paru-paru sel kecil (SCLC) didapati menjadi bahan yang
boleh dipercayai untuk menilai ekspresi DLL3; tahap DLL3 yang tinggi
dalam SCLC berhubung kait dengan trend mandiri yang buruk. Hasil ini
mungkin membawa kepada penilaian sistem pemarkahan lanjut untuk meramal
keberkesanan terapeutik disasar DLL3 dan kepentingan klinikal bagi
ekspresi DLL3 dalam karsinoma neuroendokrin pulmonari gred tinggi. Dr.
Li-Xu Yan dari Hospital Besar Guangdong dan Akademi Sains Perubatan
Guangdong di China membentangkan penemuan beliau dalam persidangan media
hari ini. Baca siaran akhbar penuh di sini.
Rawatan
berasaskan paras ekspresi BRCA1 tidak meningkatkan kadar mandiri
pesakit diresek N+ kanser paru-paru bukan sel kecil tahap II dan III
Dr.
Bartomeu Massuti dari Hospital Universiti Alicante di Sepanyol yang
mewakili Kumpulan Kerjasama Kanser Paru-Paru Sepanyol (GECP-SCLG)
berkongsi kajian baharu yang menunjukkan bahawa merawat pesakit diresek
N+ kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) tahap II dan III dengan
rawatan kemoterapi tersuai (CT) berdasarkan tahap ekspresi BRCA1 khusus
mereka berbanding rawatan standard, tidak meningkatkan kadar mandiri
keseluruhan di kalangan pesakit yang menerima rawatan CT individu.
Bagaimanapun, tahap ekspresi BRCA1 boleh jadi prognostik dan rawatan
boleh mencapai hasil yang berlainan. Dapatkan siaran akhbar penuh di sini.
Penyelidik mengesahkan penyifatan dicadangkan untuk R(un) status R tidak pasti, dengan prognosis antara R0 dan R1
Penemuan
kajian terbaharu yang dibentangkan oleh Dr. John Edwards dari
Universiti Sheffield di UK, mengesahkan kriteria yang dicadangkan oleh
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) untuk
R(un), status margin resek tidak pasti, dalam klasifikasi tumor bersisa
(R). Penyelidik membuat kajian ini untuk menganalisis kriteria status R
menggunakan data yang dikumpul daripada Projek Pemeringkatan Kanser
Paru-Paru IASLC. Siaran akhbar penuh tersedia di sini.
Kajian
PACIFIC menunjukkan kualiti hidup dikekalkan pada pesakit kanser
paru-paru bukan sel kecil yang dirawat dengan durvalumab selepas
kemoradiasi serentak
Penggunaan dadah imunoterapi durvalumab
selepas kemoradiasi serentak pada pesakit kanser paru-paru bukan sel
kecil (NSCLC) tidak boleh diresek dan tahap lanjutan, menunjukkan
meningkatkan kemandirian bebas kemajuan (PFS) sambil mengekalkan ukuran
kualiti hidup, mengikut kajian baharu daripada Dr. Rina Hui dari
Universiti Sydney dan Hospital Westmead di Australia. Hasil kajian
menunjukkan pesakit yang dirawat dengan durvalumab tidak mengalami
simptom, fungsi atau kualiti hidup berkaitan kesihatan yang semakin
buruk, sama seperti pesakit yang menerima plasebo. Siaran akhbar penuh
boleh didapati di sini.
Strim langsung untuk persidangan media harian tersedia di sini.
Perihal WCLC
Persidangan
Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di
dunia yang khusus bagi kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang
lain, mengumpulkan lebih daripada 6,000 orang penyelidik, pakar
perubatan dan pakar dari lebih 100 buah negara. Matlamatnya adalah untuk
menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran,
kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru, serta membantu
peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Persidangan
yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Merawat Kanser Paru-Paru"
ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa
hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut,
lawati wclc2017.iaslc.org.
Perihal IASLC
Persatuan
Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan
satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru
dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan
keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser
paru-paru merentasi semua disiplin, lebih dari 100 buah negara,
membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk merawat kanser
paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology
yang merupakan penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik
yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan bagi
semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut.
Hubungan:
Hillary Wasserman
Sekutu Kanan
HWasserman@GroupGordon.com
+1 732-778-1896
Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org
+1 720-254-9509
SUMBER : IASLC
No comments:
Post a Comment