GAITHERSBURG, Md., 10 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—
pengilang UC, awan (cloud) dan penyelesaian IoT untuk rangkaian
pembawa, perusahaan dan industri yang berpangkalan di AS—telah
melaksanakan transaksi strategik dengan FiberPlex Technologies—pembekal komunikasi digital berasaskan gentian selamat untuk Kerajaan AS dan pasaran komersial.
Patton
telah memperoleh beberapa aset dan hak milik intelek FiberPlex dan
telah mula menyatukan operasi FiberPlex di fasiliti Patton di
Gaithersburg Maryland. Terma lain transaksi tersebut tidak didedahkan.
Penyatuan
ini mencipta perniagaan bersama yang meningkatkan keuntungan Patton dan
menambahkan sumber, kemahiran dan keupayaan baru yang signifikan untuk
kumpulan Patton. Penyelesaian baharu daripada penggabungan teknologi
teras dan portfolio produk tersebut meningkatkan nilai untuk pelanggan,
saluran dan rakan ekosistem Patton dan FiberPlex.
Pelanggan
FiberPlex akan terus menikmati perkhidmatan dan bekalan produk yang
stabil, tanpa gangguan dengan waranti dan perjanjian perkhidmatan
ditepati. Rakan saluran FiberPlex akan dilayakkan kepada program saluran
Patton serta diberikan akses ke suite penuh produk pelengkap. Saluran
Patton juga akan mendapat akses ke produk FiberPlex.
“Terdapat
banyak lagi kerjasama antara kami,” ujar Bobby Patton, CEO Patton
Electronics. “Produk keluaran kami saling melengkapi antara satu sama
lain dan gabungan keupayaan pengilangan bermakna kami dapat menawarkan
tahap baru integrasi vertikal kepada pasaran dunia.”
“Kami teruja
dengan perkembangan terbaru buat jenama FiberPlex ini,” kata Buddy
Oliver, CEO FiberPlex. “Kami mempunyai visi yang sama dalam pasaran ini
dan berhasrat untuk membawa nilai baru untuk pekerja, vendor dan
pelanggan kami.”
“Pengetahuan teknologi fiber FiberPlex yang
terkini meningkatkan sumbangan kepada gabungan pelanggan baru kami.
Operasi pengilangan hasil logam FiberPlex menjadikan kami lebih
berintegrasi secara vertikal, meningkatkan keupayaan penghasilan
prototaip kami dengan pantas dan mempercepat pengkomersilan teknologi,”
kata Bobby.
Produk FiberPlex berfokus pada penyelesaian
komunikasi digital berasaskan gentian selamat yang melindungi pelanggan
daripada ancaman serta menawarkan keselamatan fizikal, penghindaran
pintasan dan keselamatan siber aras bawah.
Kedua-dua syarikat
adalah milik penuh keluarga dan operasi pengilangan mereka dibuat
menurut prinsip perniagaan konservatif dan nilai Amerika serta berfokus
pada teknologi, produk dan perkhidmatan terkini.
Di samping itu, Majalah InsightsSuccess baru-baru ini mengiktiraf Patton sebagai penyedia penyelesaian UC sepuluh teratas untuk tahun 2017.
Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com
SUMBER : Patton Electronics Co.
No comments:
Post a Comment