Yangling, China, 24 Okt., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Ekspo
Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling ke-24 akan diadakan di Yangling,
Shaanxi, China dari 5 hingga 9 November. Ekspo itu meliputi sebuah
ruang seluas 188,000 meter persegi. Untuk mengetengahkan kerjasama dan
pertukaran antarabangsa, Ekspo itu memberi tumpuan kepada "meningkatkan
pemodenan pertanian melalui The Belt & Road". Lapan acara akan
diadakan termasuk seminar mengenai pembangunan pertanian moden dan
pameran berhubung produk-produk pertanian moden.
Pada kedudukan
34 darjah 16 minit 56 saat Utara dan 108 darjah 4 minit 27 saat Timur
berdiri bandar raya pertanian bagi Zon Demonstrasi Industri Berteknologi
Tinggi Pertanian Yangling (AHIDZ) peringkat negara China di Shaanxi,
China. Pada Julai 1997, "Zon Pertanian Khas" itu ditubuhkan untuk
mencapai "misi kebangsaan" bagi pembangunan pertanian di kawasan gersang
dan separa gersang di China.
Selama 23 tahun yang lalu sejak
penampilan sulungnya, Ekspo itu telah menyaksikan pengaruh yang semakin
meningkat. Setakat ini, seramai 26.55 juta pelanggan di dalam industri
pertanian dengan lebih 10,000 buah syarikat dan unit teknologi &
pendidikan, dari lebih 70 buah negara dan wilayah, telah mengambil
bahagian di dalam pameran atau pesta itu. Jumlah urus niaga telah
berjumlah lebih 774.8 bilion yuan. Ekspo itu telah disahkan oleh Union
of International Fair (UFI). Pada tahun 2017, Ekspo itu, dengan 61.59
bilion yuan, menduduki tempat teratas di dalam Nilai Jenama Pertanian
China.
Sebagai sebuah zon demonstrasi industri berteknologi
tinggi pertanian peringkat negara, dalam beberapa tahun kebelakangan
ini, melalui usaha inovasi yang berterusan di dalam kerjasama dan
pertukaran antarabangsa, Yangling AHIDZ telah mewujudkan perhubungan
yang stabil dengan lebih 40 buah negara dan wilayah dari segi sains
& teknologi pertanian dan kerjasama industri. Zon itu juga mempunyai
kerjasama yang erat dengan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan
Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) dan Pusat
Inovasi EU dll. Sebanyak 11 platform kerjasama antarabangsa, seperti
"Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Pertanian China-Kanada untuk Kawasan
Gersang", telah ditubuhkan. Lebih daripada 120 projek kerjasama
saintifik dan teknologi antarabangsa telah dibangun dan dilaksanakan.
Lebih daripada 150 pencapaian saintifik dan teknologi pertanian asing
dan pelbagai jenis kualiti telah diperkenalkan. Lebih daripada 50 projek
kerjasama antarabangsa di antara syarikat-syarikat China dan asing
telah dijalankan.
Melalui Ekspo Yangling, lebih ramai pelanggan
asing menunjukkan peningkatan minat dan secara aktif mencari kerjasama
di China barat dan bidang pertanian di sana, yang telah membawa
kesegaran kepada pembangunan pertanian moden China dan transformasi bagi
pencapaian saintifik dan teknologi pertanian.
Sumber: Zon Demonstrasi Industri Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling (AHIDZ)
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=299122
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=299123
No comments:
Post a Comment