Wednesday, October 12, 2022

MIDOCEAN ENERGY MILIK EIG UNTUK MEMPEROLEH KEPENTINGAN TOKYO GAS DI DALAM PORTFOLIO UNTUK EMPAT PROJEK LNG BERSEPADU AUSTRALIA BAGI AS$2.15 BILION

 Portfolio terpelbagai bagi projek LNG aliran tunai berkualiti tinggi mewujudkan asas untuk MidOcean Energy


WASHINGTON, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), sebuah syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka di dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad dengan Tokyo Gas Co., Ltd (“Tokyo Gas”) untuk memperoleh kepentingan Tokyo Gas di dalam sebuah portfolio bagi empat projek LNG bersepadu Australia.

Di bawah terma perjanjian itu, MidOcean akan memperoleh kepentingan Tokyo Gas di dalam Gorgon LNG, Ichthys LNG, Pluto LNG dan Queensland Curtis LNG bagi sejumlah pertimbangan tunai sebanyak AS$2.15 bilion. Projek-projek bersepadu ini merangkumi kawasan pinggir laut di barat dan timur Australia dan merupakan pembekal utama bagi LNG ke Asia, dengan pelbagai set kontrak ambil atau bayar yang belum perlu dibayar atau ditebus awal dengan rakan niaga gred pelaburan, dan kepada pasaran gas domestik Australia. Portfolio itu dijangka menjanakan kira-kira 1 juta tan setahun bagi LNG bersih kepada MidOcean, pengeluaran yang disokong oleh rizab jangka panjang dan sebuah struktur kos yang kompetitif di peringkat global. Portfolio itu mendapat manfaat daripada pengendali berpengalaman, termasuk Chevron, INPEX, Woodside dan Shell, dan merangkumi rantaian nilai LNG daripada operasi huluan sehingga pertengahan, pencairan dan jualan.

Pemerolehan itu menandakan pelancaran bagi strategi MidOcean untuk membina sebuah syarikat LNG bersepadu ‘pure play’ atau yang memberi tumpuan kepada produk atau perkhidmatan tertentu untuk mendapatkan bahagian pasaran yang besar di peringkat global yang berkualiti tinggi, pelbagai, dan memanfaatkan pengalaman pelaburan EIG yang meluas di dalam sektor LNG global, yang disokong oleh beberapa bilion dolar komitmen kepada pelbagai projek LNG sepanjang 20 tahun yang lalu, terbaharu termasuk pemerolehan sebuah kepentingan mengawal di dalam GNL Quintero S.A., terminal pengegasan semula LNG terbesar di Chile. Urus niaga itu juga selaras dengan Visi Pengurusan Kumpulan Gas Tokyo, “Compas 2030”, di mana Tokyo Gas terus menunjukkan kepimpinan di dalam peralihan kepada pelepasan CO2 Sifar Bersih.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Pelancaran MidOcean mencerminkan keyakinan kami yang mendalam terhadap LNG sebagai sebuah pemboleh kritikal bagi peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin meningkat sebagai satu sumber tenaga strategik geopolitik. Kami percaya urus niaga ini menyediakan MidOcean dengan sebuah portfolio asas bagi aset LNG bersepadu yang memberi kelebihan kos di dalam sebuah bidang kuasa berisiko rendah, dengan kedudukan yang ideal untuk membekalkan pelanggan utama di Jepun, Asia dan di seluruh dunia bagi beberapa dekad yang akan datang.”

Pada Jun 2022, EIG mengumumkan bahawa tokoh veteran LNG De la Rey Venter, yang sebelum ini bersama Shell, menyertai MidOcean sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dengan membawa pengalaman selama 25 tahun di dalam operasi LNG global, membuat perjanjian dan kepimpinan perniagaan.

Encik Venter berkata, “Dengan pengumuman hari ini, MidOcean telah mengambil langkah pertama ke arah merealisasikan visi mereka untuk membina sebuah perniagaan LNG pure play bahan yang kami jangka akan menyokong peralihan dunia kepada sebuah masa depan Sifar Bersih. Kami melihat beberapa peluang untuk mengembangkan lagi kedudukan MidOcean di dalam membekalkan pasaran LNG di seluruh dunia dan berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan baharu dan pelanggan kami.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada separuh pertama tahun 2023, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa, termasuk kelulusan kawal selia Australia.

Barrenjoey, Barclays dan JP Morgan bertindak sebagai penasihat kewangan EIG berkaitan dengan urus niaga ini dan White & Case bertindak sebagai penasihat undang-undang EIG.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka di dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $24.0 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian di dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarah mereka, EIG telah memberikan komitmen lebih $41.5 bilion kepada sektor tenaga melalui 387 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean di www.midoceanenergy.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16398

No comments:

Post a Comment