Thursday, October 13, 2022

MARY KAY INC. MENGALU-ALUKAN BULAN KEPELBAGAIAN GLOBAL DENGAN PENGELUARAN KENYATAAN SYARIKAT MENGENAI DEI DAN SIDANG KEMUNCAK DEI




Mary Kay Berkongsi Komitmen terhadap Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman


DALLAS, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah pejuang sejak dahulu lagi dan penyokong global untuk pemerkasaan wanita dan kesaksamaan jantina, telah mengeluarkan satu kenyataan Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) yang meraikan Bulan Kesedaran Kepelbagaian Global dan menganjurkan satu Sidang Kemuncak Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman bersempena dengan Hari Keterangkuman Sedunia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20221010005616/en/

Melalui usaha ini, Mary Kay bertanggungjawab terhadap komitmen DEI mereka yang berpusat kepada tiga konsep asas: pemahaman melalui Pengetahuan, menuntut Tindakan,  dan memastikan Perubahan transformatif yang mapan di dalam syarikat kami, merentasi rakan perniagaan kami dan di dalam komuniti yang kami menawarkan perkhidmatan.

“Mary Kay telah beroperasi dengan satu hasrat untuk mencabar status quo sejak penubuhan mereka, membuka pintu bagi wanita dan pelbagai kumpulan sejak tahun 1963. Kami percaya sektor swasta mempunyai satu peranan asas untuk membawa perubahan sosial. Melalui tindakan korporat kami, kami komited untuk memajukan kepelbagaian dan memastikan keterangkuman di dalam syarikat kami. Kami mengiktiraf perjuangan untuk kesaksamaan menjangkaui tembok kami, itulah sebabnya kami memperjuangkan usaha di dalam komuniti yang kami melibatkan diri di seluruh dunia,” kata Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Keterangkuman di Mary Kay.

Kenyataan Syarikat mengenai Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman

Kedudukan Kami

Sebagai sebuah syarikat global, kami percaya kepelbagaian kami adalah satu kekuatan yang memupuk inovasi dan pertumbuhan. Kami berusaha untuk memimpin dengan nilai dan tujuan pengasas kami, meraikan kepelbagaian, dan memupuk sebuah tempat kerja dan masyarakat yang inklusif selama hampir 60 tahun.

Diasaskan oleh seorang wanita yang menentang norma jantina pada era beliau dan memecahkan halangan pada ketika hampir satu pertiga wanita Amerika berada di dalam tenaga kerja, DEI berada di tengah-tengah misi Mary Kay untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita dan kesaksamaan jantina.

Secara dalaman, kami komited untuk memajukan kepelbagaian dan memastikan semua orang mempunyai suara dalam syarikat kami. Hadir di hampir 40 pasaran, kami percaya DEI adalah kunci kepada cara kami beroperasi, dan selama ini, kami telah mengambil langkah-langkah bersepadu untuk menyepadukan DEI sebagai satu strategi teras kepada pertumbuhan perniagaan kami. Kami berusaha untuk mewujudkan sebuah persekitaran di mana individu boleh meluahkan dan berkongsi pemikiran, pengalaman dan perspektif yang berbeza bagi memastikan mereka berasa dilihat, didengar dan dihormati.

Strategi Kelestarian 10 tahun kami, Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk sebuah Hari Esok yang Mapan, meneruskan satu pendekatan holistik kepada DEI dan ditumpukan kepada tiga konsep asas: Pengetahuan, Tindakan dan Perubahan.

Melalui langkah-langkah konkrit dan perkongsian, kami terus berusaha ke arah merealisasikan sebuah budaya yang lebih inklusif, pelbagai dan saksama dalam syarikat kami dan dalam komuniti kami. Kami komited untuk menyokong usaha DEI dan mencapai matlamat kami untuk memahami melalui pengetahuan, menuntut tindakan, dan memastikan perubahan berpanjangan yang mapan melalui bidang tumpuan dalaman yang berikut:

Memajukan DEI di Mary Kay
  • Latihan & Penglibatan Pekerja
  • Pelbagai Portfolio Produk
  • Kepelbagaian Pembekal & Perolehan Inklusif
  • Risiko Sosial di dalam Rantaian Bekalan
 
Perwakilan dan Kepimpinan Wanita

Memimpin melalui teladan dan mencerminkan kepercayaan kami terhadap nilai bagi peningkatan perwakilan dan kepimpinan wanita di tempat kerja, Mary Kay meletakkan nilai-nilai dan komitmen kami dalam bentuk tindakan:

(Data dari Ogos 2022)
  • 62% Tenaga Kerja Global adalah Wanita
  • 54% Pasukan Eksekutif adalah Wanita; 38% adalah BIPOC
  • 53% Naib Presiden dan ke atas adalah Wanita
  • 57% Pengarah dan ke atas adalah Wanita
  • 59% Pengurus dan ke atas adalah Wanita
  • 70% Pemimpin Pasaran adalah Wanita
  • 60% daripada jawatan kepimpinan dalam 10 Pasaran Teratas kami dipegang oleh Wanita
Perolehan & Kepelbagaian Pembekal Responsif Jantina

(Data rantaian bekalan Amerika Syarikat sahaja dari Februari 2021)
  • 66% daripada Pasukan Perolehan kami adalah Wanita
  • 12% daripada Pembekal Tidak Langsung kami adalah Dimiliki Wanita, Minoriti atau Veteran
  • 5% daripada Pembekal Langsung kami adalah Dimiliki Wanita, Minoriti atau Veteran
Pengekalan Pekerja
  • 41% daripada pekerja Global Mary Kay telah bersama syarikat itu selama lebih 10 tahun
  • 47% pekerja Amerika Syarikat Mary Kay telah bersama syarikat itu selama lebih 10 tahun
Penjajaran dengan Standard Global

Pada tahun 2019, Mary Kay telah menandatangani Prinsip Pemerkasaan Wanita dan pada tahun 2021 syarikat itu telah menjadi sebuah Pembuat Komitmen kepada Generation Equality Forum Action Coalitions untuk mempercepatkan kemajuan dalam kesaksamaan jantina bagi memajukan Matlamat Pembangunan Mapan. Menyedari keperluan untuk terus bergerak ke hadapan, Mary Kay mengambil bahagian di dalam Program Pemecut Kesaksamaan Jantina Sasaran Kompak Global PBB 2022-2023 untuk meneruskan pelaksanaan bagi sasaran korporat yang bercita-cita tinggi untuk perwakilan dan kepimpinan wanita di dalam syarikat dan di dalam rantaian bekalan kami.

Menangani Ketakseimbangan Jantina dan Kaum

Kami tahu perjuangan untuk kesaksamaan menjangkaui tembok kami, itulah sebabnya kami menyokong usaha di dalam komuniti kami untuk memerangi ketakseimbangan kaum dan jantina. Melalui perkongsian dan kerjasama luaran kami, kami komited untuk menangani perkauman dan diskriminasi, dan meneruskan satu pendekatan persimpangan yang tertumpu kepada merungkai halangan kepada peluang-peluang untuk wanita dan gadis daripada latar belakang minoriti.

Sokongan Kesan melalui Perkongsian Luaran kami
  • Menangani keganasan berasaskan jantina
  • Memperkukuh kepimpinan dan penyertaan wanita
  • Menggalakkan kesaksamaan dalam peluang-peluang pendidikan
  • Menangani berat sebelah dalam teknologi baru muncul
  • Memajukan peluang-peluang keusahawanan untuk wanita
o Menangani jurang digital jantina
o Menyokong perolehan responsif jantina
 
Kami sedang mengembangkan perkongsian kami untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita, termasuk wanita minoriti yang kurang diwakili, dengan mengukuhkan pemerolehan responsif jantina, dan merapatkan jurang digital jantina melalui Pemecut Keusahawanan Wanita. Dengan Rangkaian bagi Pengajaran Siri Inovasi Dunia Keusahawanan, kami menyokong usahawan sosial muda yang baru muncul yang berumur 13-24 tahun untuk menangani sebuah SDG atau cabaran perniagaan abad ke-21 yang khusus. Bergabung tenaga dengan WE Empower UN SDG Challenge, kami memajukan keusahawanan responsif sosial dan jantina; dan kami menyumbang untuk menyetempatkan Matlamat Pembangunan Mapan melalui keusahawanan wanita luar bandar dalam membangunkan konteks dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Melalui perkongsian kami dengan Inisiatif Ekuiti Kaum Kebangsaan bagi Keadilan Sosial Yayasan Kaukus Hitam Kongres, kami menyokong kesaksamaan kaum dan hak asasi manusia melalui penyelidikan dan dasar awam dalam konteks pembaharuan keadilan jenayah. Untuk menangani halangan kepada peluang pendidikan, kami setiap tahun bekerjasama dengan Persatuan bagi Ahli Kimia Kosmetik dalam menyokong pelajar minoriti yang kurang diwakili yang melanjutkan pengajian lebih tinggi di dalam STEM melalui biasiswa Madam C.J. Walker mereka.

Menyedari kesan keganasan yang tidak seimbang terhadap wanita dan gadis, kami bertindak balas terhadap bencana keganasan berasaskan jantina dalam konflik dan tetapan bencana melalui perkongsian global kami dengan CARE dan Dana Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita.Kami juga memajukan perwakilan dan kepimpinan wanita dalam kehidupan awam dan dalam tindakan iklim melalui perkongsian kami dengan Forum Wanita Antarabangsa dan The Nature Conservancy.

Akhir sekali, kami menangani potensi berat sebelah jantina di dalam teknologi baharu dengan Equal Rights Trust  dan berusaha untuk memastikan teknologi AI direka bagi  memupuk kepelbagaian dan keterangkuman.

Bagi Mary Kay, Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman bukan hanya sekadar kata-kata  ia adalah cara bagaimana kami dapat menyampaikan tujuan kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia. Melalui usaha korporat kami untuk mencapai komitmen DEI kami dan dengan bekerjasama bersama pembuat perubahan di seluruh dunia untuk menangani ketidakadilan jantina dan kaum, kami mengambil tindakan dan memastikan perubahan transformatif di dalam syarikat kami, merentasi rakan perniagaan kami dan di dalam komuniti yang kami menawarkan perkhidmatan.

MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.
  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16405

No comments:

Post a Comment