Friday, October 7, 2022

MARY KAY MENGANUGERAHKAN GERAN PENDIDIKAN KEPADA WANITA MUDA YANG BERCITA-CITA MENJADI ANGKASAWAN WANITA AMERIKA LATIN PERTAMA UNTUK MELAWAT MARIKH




Geran Wanita Muda dalam STEAM - dilancarkan pada 2020 - menganugerahkan wanita muda yang membuat sumbangan besar kepada bidang STEAM dan membantu mereka meneruskan impian mereka

DALLAS, 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah peneraju selama beberapa dekad di dalam pemerkasaan wanita dan sains inovatif, Mary Kay meraikan wanita muda yang mengambil alih masa depan mereka melalui kepimpinan, inovasi dan keazaman untuk cemerlang di dalam bidang STEAM. Wanita membentuk hanya 28% daripada tenaga kerja di dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. [1] Dengan menawarkan sokongan berterusan kepada wanita muda di dalam bidang STEAM, mereka meneruskan misi Mary Kay, iaitu untuk meningkatkan kehidupan wanita di mana sahaja.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20221005005835/en/

“Lebih ramai wanita muda yang mendapat akses kepada pendidikan STEAM membawa kepada satu peningkatan di dalam wanita yang memperoleh kerjaya di dalam bidang tersebut. Seterusnya, ini menyediakan akses kepada lebih banyak peluang yang sama rata bagi wanita, mengecilkan jurang gaji jantina, meningkatkan ekonomi, dan menghapuskan berat sebelah dalam bidang saintifik dan berkaitan,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains untuk Mary Kay Inc. “Setiap hari, melalui inovasi dan sains, wanita di seluruh dunia sedang menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang paling kompleks — tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengiktiraf sumbangan mereka, memberikan mereka suara dan meningkatkan perwakilan mereka dalam bidang STEAM.”

Wanita Muda Mary Kay dalam Geran STEAM dan kempen sosial menampilkan wanita muda dari seluruh dunia yang membuat sumbangan cemerlang dalam bidang STEAM. Ivanna Hernandez, ahli astronomi dan peminat aeroangkasa dari Colombia, merupakan seorang penerima geran bagi Wanita Muda dalam STEAM dan menerima sebuah geran pendidikan berterusan kedua untuk melancarkan impian beliau menjadi angkasawan wanita Amerika Latin pertama yang pergi ke Marikh.

Dalam sambutan Minggu Angkasa Sedunia, Mary Kay mencipta sebuah video yang menonjolkan pentingnya bagi peluang pendidikan STEAM untuk membantu wanita muda menggapai bintang – wanita muda seperti Ivanna.

“Wanita muda di Colombia mempunyai akses yang sangat sedikit kepada pendidikan STEAM, terutamanya di dalam bidang aeroangkasa. Dengan membawa kesedaran kepada program itu dan meneruskan minat saya untuk ke angkasa lepas, saya berharap dapat membawa lebih banyak peluang kepada wanita muda di Colombia yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan kerjaya di dalam bidang STEAM,” kata Ivanna Hernandez. “Penyelesaian terbaik dicapai apabila anda mempunyai sebuah pasukan yang pelbagai yang mampu melihat semua kelemahan yang ditimbulkan oleh satu masalah atau reka bentuk. Oleh kerana wanita mempunyai latar belakang sosial dan keperluan khusus yang berbeza, sumbangan kami melengkapkan dan mengisi jurang yang telah diabaikan selama bertahun-tahun.”

Mary Kay berbangga untuk meneruskan komitmen mereka untuk menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada wanita muda di seluruh dunia dengan melabur di dalam masa depan mereka dan melihat mereka menjulang tinggi dalam usaha STEAM mereka.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Sumber

Projek Kolaboratif Gadis Kebangsaan (2022). Keadaan Gadis dan Wanita di dalam Stem. https://ngcproject.org/resources/state-girls-and-women-stem

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20221005005835/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16387

No comments:

Post a Comment