Saturday, October 8, 2022

EXPENSIFY MEMBERIKAN AKAUNTAN SATU PELUANG UNTUK MEMENANGI TEMPAT MEREKA DI EXPENSICON DI ITALI

Lima tempat semua perbelanjaan dibayar di ExpensiCon - persidangan perakaunan global terulung yang dihoskan oleh Expensify pada Mei 2023 di Borgo Egnazia di Puglia, Itali – menjadi rebutan bagi akauntan bermula hari ini

PORTLAND, Ore., 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Expensify, Inc. (Nasdaq: EXFY), satu super aplikasi pembayaran yang membantu individu dan perniagaan di seluruh dunia memudahkan cara mereka menguruskan wang merentas perbelanjaan, kad korporat dan bil, hari ini mengumumkan peraduan “Menangi tempat anda di ExpensiCon”. Peraduan itu dibuka kepada mana-mana akauntan, tetapi hanya lima akauntan akan memenangi tempat di persidangan eksklusif melalui jemputan sahaja ini untuk diri mereka sendiri dan seorang tetamu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20221004005072/en/

“Kami mengumpulkan 100 orang yang terbaik dan paling cemerlang di dalam industri itu, dan lima tempat yang paling diidamkan di dalam perakaunan kini tersedia kepada mana-mana akauntan dari mana-mana firma tanpa mengira saiz,” kata David Barrett, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Expensify. “Ini adalah satu peluang yang tiada tandingan untuk menyertai komuniti global bagi pemimpin perakaunan yang mempunyai gabungan beratus-ratus tahun pengalaman untuk merancang bagi generasi seterusnya dalam profesion itu. Bersama-sama, kita boleh mengenal pasti dan menyelesaikan cabaran yang paling kompleks yang akan membentuk ruang ini untuk tahun-tahun yang akan datang.”

ExpensiCon akan menyertakan satu gabungan ucaptama, perbincangan meja bulat, sembang tepi, sesi CPE, peluang rangkaian 1-dengan-1, bengkel strategi dan acara VIP. Di samping itu, hadirin dan tetamu mereka akan menikmati keindahan Puglia, Itali, dalam lawatan membina perhubungan yang diatur di seluruh wilayah itu yang menampilkan pembuatan pasta, lawatan kapal layar dan banyak lagi.

ExpensiCons sebelum ini di Bora Bora dan Maui termasuk peserta dari PwC, Deloitte, BDO, CLA, Baker Tilly, dan EisnerAmper, serta penceramah ucaptama seperti Travis Kalanick dari Uber, René Lacerte dari Bill.com, Zach Nelson dari NetSuite dan Rod Drury dari Xero.

Peraduan “Menangi tempat anda di ExpensiCon” berakhir pada 1 Mac, 2023 dan pemenang akan diumumkan tidak lama selepas itu. Mulakan hari ini – jam sudah mula berdetik!

Maklumat mengenai Expensify

Expensify adalah sebuah super aplikasi pembayaran yang membantu individu dan perniagaan di seluruh dunia memudahkan cara mereka menguruskan wang. Lebih daripada 12 juta orang menggunakan ciri-ciri percuma Expensify, yang termasuk kad korporat, penjejakan perbelanjaan, pembayaran balik pada hari berikutnya, invois, pembayaran bil dan tempahan perjalanan di dalam satu aplikasi. Semuanya percuma. Sama ada anda memiliki sebuah perniagaan kecil, menguruskan sebuah pasukan atau menutup buku perakaunan untuk pelanggan anda, Expensify membuatnya mudah untuk anda supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting.
  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16394

No comments:

Post a Comment