Thursday, October 13, 2022

MARY KAY INC. MEMAJUKAN KEPIMPINAN WANITA DI DALAM PEMULIHARAAN MELALUI PERTUKARAN PEMBELAJARAN MAYA

Mary Kay Inc. telah berusaha untuk meningkatkan kepimpinan wanita di dalam pemuliharaan marin dan bagi menonjolkan inovasi dan tindakan yang dijalankan oleh pemimpin wanita merentasi Segi Tiga Terumbu Karang untuk melindungi kepelbagaian biologi marin. (Grafik: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi kelestarian korporat dan pemerkasaan wanita, baru-baru ini telah mengambil bahagian di dalam satu pertukaran pembelajaran maya yang dihoskan oleh Coral Triangle Center (CTC), The Nature Conservancy (TNC) dan Sekretariat Serantau Inisiaitif Segi Tiga Terumbu Karang berhubung Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan (CTI-CFF).

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20221012005232/en/

Acara itu, “Pemimpin Wanita Melindungi Kepelbagaian Biologi Terancam dan Spesies Terancam Segi Tiga Terumbu Karang,” menyoroti inovasi dan tindakan yang dijalankan oleh pemimpin wanita merentasi Segi Tiga Terumbu Karang dalam melindungi kepelbagaian biologi marin serta menonjolkan inisiatif yang diterajui wanita yang berjaya dalam pengurusan sumber marin dan perlindungan lautan yang mapan. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada perlindungan kepelbagaian biologi, tindakan iklim, dan pengurusan kawasan perlindungan marin yang dikaitkan dengan matlamat global untuk melindungi 30% daripada lautan dunia menjelang tahun 2030.

Segi Tiga Terumbu Karang itu adalah tempat kepada sebahagian daripada terumbu karang yang paling pelbagai dan cantik di dunia dan menyediakan sebuah habitat bagi lebih 250 spesies ikan. Walau bagaimanapun, kebanyakan haiwan marin dan ekosistem di Segi Tiga Terumbu Karang diancam oleh aktiviti manusia.

Mary Kay menyertai ahli panel dari CTC, CTI-CFF, TNC serta WWF Malaysia, Conservation International, dan University of the Philippines Diliman untuk berkongsi kisah-kisah yang memberikan inspirasi dalam melindungi penyu laut, dugong, jerung dan perikanan secara lestari.

No comments:

Post a Comment