Wednesday, October 19, 2022

MARY KAY INC. MELANJUTKAN KOMITMEN TERHADAP PEMULIHARAAN, MENYERTAI GABUNGAN PENGAWASAN LAUTAN PBB




Table

Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay (Kredit: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global untuk kelestarian dan pengawasan korporat, baru-baru ini menyertai Gabungan Pengawasan Lautan Global Compact PBB—satu usaha untuk menyatukan sektor swasta bersama-sama dengan agensi-agensi PBB, ahli akademik, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menangani kepelbagaian biologi dan perubahan iklim melalui satu tumpuan kepada kesihatan lautan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20221018005127/en/

Sebagai penandatangan semasa bagi Prinsip Lautan Lestari PBB, Gabungan Pengawasan Lautan meneruskan komitmen Mary Kay untuk menjamin sebuah lautan yang sihat dan produktif. Gabungan Pengawasan Lautan itu berusaha untuk memanfaatkan penglibatan sektor swasta bagi meningkatkan kesedaran lautan dan membangunkan inovasi pintar iklim. Ia juga menyeru pihak berkepentingan, termasuk pemimpin perniagaan, untuk menggunakan dasar-dasar pintar iklim bagi menangani ketidakadilan alam sekitar dan iklim serta menerima pakai satu pendekatan yang berpusatkan manusia kepada penyelesaian dasar.

Selaras dengan Prinsip Lautan Lestari dan Gabungan Pengawasan Lautan, Mary Kay menyokong beberapa projek pada tahun ini dengan kerjasama The Nature Conservancy untuk meningkatkan kesihatan lautan melalui perlindungan dan pemulihan habitat kritikal seperti terumbu karang, terumbu tiram dan tanah lembap pantai, serta memajukan kepimpinan wanita di dalam aspek perbualan:
  • Memulihkan terumbu kerang Asia Pasifik di Australia, Hong Kong, China, Segitiga Terumbu Karang;
  • Memastikan usaha perlindungan dan pemulihan terumbu karang di Negara-negara Segitiga Terumbu Karang – Indonesia, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon – disokong melalui usaha dan inisiatif pemuliharaan yang memberi kesan positif kepada keseluruhan rantau itu;
  • Menyokong pemimpin alam sekitar wanita di Pasifik di Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon;
  • Pemuliharaan dan pemulihan pantai di Pantai Teluk dan menilai kebolehlaksanaan bagi pasaran karbon biru untuk menyokong pengurusan tanah lembap jangka panjang; dan
  • Meningkatkan perikanan di Mexico untuk memperkasakan masyarakat dan wanita di dalam industri perikanan.
 
“Projek penyelesaian yang berasaskan alam semula jadi yang diterajui oleh wanita sedang merevolusikan cara kita melindungi lautan kita untuk generasi akan datang,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. “Dengan menyertai Gabungan Pengawasan Lautan, Mary Kay berharap dapat menyokong projek-projek ini dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mengambil tindakan di dalam komuniti setempat mereka.”

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Mary Kay untuk meningkatkan kesedaran lautan global, Mary Kay juga terlibat di dalam forum-forum lautan utama seperti Sidang Kemuncak Teknologi & Inovasi Lautan Dunia Economist Impact, yang dihoskan oleh Ocean Supercluster dari Kanada dengan kerjasama Wilayah Nova Scotia dan Perkongsian Halifax, di mana pereka inovasi, pemimpin perniagaan, pemimpin pemikiran dan pelabur bersidang untuk mempelajari dan melibatkan diri dengan pereka inovasi dan teknologi “ekonomi biru” terkini, dan mengenal pasti penyelesaian yang akan membentuk pelan hala tuju ke arah sebuah ekonomi lautan yang lestari dan berkembang maju.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang komitmen Mary Kay terhadap kelestarian, sila layari marykayglobal.com/sustainability  dan muat turun strategi kelestarian global Mary Kay: Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk sebuah Hari Esok yang Lestari.

Maklumat mengenai Mary Kay Inc.

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20221018005127/en/

Hubungi

Mary Kay Inc.
Komunikasi Korporat
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment