Saturday, July 23, 2022

TRANSPOD MEMPERKENALKAN BUAT PERTAMA KALINYA FLUXJET, SEBUAH KENDERAAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI DUNIA UNTUK PENGANGKUTAN BERKELAJUAN ULTRA TINGGI PADA LEBIH 1000 KM/SEJAM


Inovasi Kanada yang menjadi perintis itu akan meningkatkan secara drastik kemampuan dan masa perjalanan bagi penumpang, mengurangkan jejak karbon dan memacukan pertumbuhan ekonomi serantau dengan ketara

TORONTO, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TransPod, syarikat permulaan yang sedang membina sistem pengangkutan darat berkelajuan ultra tinggi terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan penumpang dan kargo, telah melancarkan FluxJet, sebuah inovasi yang mendefinisikan industri yang mengubah cara kita hidup, bekerja, dan berjalan.

Berdasarkan kepada inovasi perintis di dalam perejangan dan sistem tenaga bersih yang bebas daripada bahan api fosil, FluxJet itu ialah sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya yang secara berkesan merupakan sebuah hibrid di antara sebuah pesawat dan sebuah kereta api. Dengan menampilkan lonjakan teknologi di dalam penghantaran kuasa tanpa sentuh dan sebuah bidang fizik baharu yang dipanggil veillance fluxFluxJet itu bergerak di dalam satu laluan pandu terlindung pada kelajuan lebih 1000 km/sejam – lebih pantas daripada sebuah pesawat jet dan tiga kali lebih pantas daripada sebuah kereta api berkelajuan tinggi.

FluxJet itu akan beroperasi secara eksklusif di Laluan TransPod, satu sistem rangkaian dengan stesen di lokasi-lokasi utama dan bandar raya utama, dengan menampilkan frekuensi pelepasan yang tinggi yang direka bagi membolehkan perjalanan yang cepat, berpatutan dan selamat. Terbaharu, TransPod mengesahkan pembiayaan sebanyak AS$550 Juta dan mengumumkan fasa seterusnya bagi sebuah projek infrastruktur bernilai AS$18 Bilion untuk membina Laluan TransPod untuk menghubungkan bandar raya Calgary dan Edmonton di Alberta, Kanada. Kerja awal pembinaan, termasuk penilaian kesan alam sekitar, telah dimulakan. Projek kritikal ini akan mewujudkan sehingga 140,000 peluang pekerjaan dan menambahkan $19.2 Bilion kepada KDNK rantau itu sepanjang pembinaan. Sebaik sahaja Laluan TransPod itu beroperasi, penumpang akan hanya membayar kira-kira 44 peratus lebih murah berbanding dengan tiket kapal terbang untuk mengembara koridor itu dan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 636,000 tan setahun.

“Segala kerja berat yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu telah membawa kepada detik penting ini di mana perbincangan sudah menjadi satu kenyataan. Teknologi itu terbukti, dan kami mempunyai keyakinan pelabur, kerajaan dan rakan kongsi untuk terus maju ke hadapan bagi mentakrifkan semula pengangkutan dengan berkesan,” kata Sebastien Gendron, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TransPod.

Pada acara pembukaan TransPod di Toronto, sebuah FluxJet yang skalanya diperkecilkan telah dipaparkan dalam satu demonstrasi secara langsung yang menunjukkan keupayaan penerbangannya. Kenderaan FluxJet seberat hampir 1 tan itu menunjukkan satu prosedur berlepas, perjalanan dan mendarat di dalam laluan pandunya. Rakaman acara dan demo boleh didapati di sini.

“Pencapaian penting ini adalah satu lonjakan besar ke hadapan,” kata Ryan Janzen, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, TransPod. “FluxJet itu berada pada perhubungan penyelidikan saintifik, pembangunan perindustrian, dan infrastruktur besar-besaran untuk menangani keperluan penumpang dan mengurangkan pergantungan kita pada pesawat jet yang banyak menggunakan bahan api fosil dan lebuh raya.”

“TransPod mengubah sepenuhnya secara drastik dengan perjalanan penumpang berkelajuan tinggi, sifar pelepasan dan pengangkutan barang di antara bandar raya gerbang utama,” kata Yung Wu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Daerah MaRS Discovery. “Sudah tiba masanya untuk tindakan berani daripada penggubal dasar, pelabur dan pengendali kami untuk menyokong pengkomersilan bagi inovasi buatan Kanada seperti TransPod, untuk meraih kemenangan di dalam ekonomi inovasi global bernilai bertrilion dolar itu.”

FluxJet itu adalah yang pertama bagi inovasi Kanada dan merupakan projek infrastruktur hebat seterusnya yang dibawa ke pentas dunia,” kata Janzen. “Laluan TransPod itu sedang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi kami di Eropah, Amerika Syarikat, dan seterusnya, termasuk universiti, pusat penyelidikan, industri aeroangkasa, seni bina, kereta api dan rakan kongsi pembinaan.”

Pelancaran FluxJet TransPod berjalan lancar dengan sokongan dan kerjasama daripada Building Trades of AlbertaBuilding Trades Unions KanadaDassault SystèmesDHL ExpressMaRSIkos ConsultingREC Architecturedan SADE Engineering.

Maklumat mengenai TransPod Inc.

Matlamat TransPod adalah untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan komersial di antara bandar raya utama di pasaran maju dan sedang pesat membangun. Syarikat permulaan itu telah diasaskan pada tahun 2015 untuk membina sistem pengangkutan tiub terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk menghubungkan orang ramai, bandar raya dan perniagaan dengan pengangkutan berkelajuan tinggi yang mampu dan mapan alam sekitar. TransPod Inc. beribu pejabat di Toronto, Kanada dan mempunyai syarikat gabungan di Alberta, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu. Layari www.transpod.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16121

No comments:

Post a Comment