Saturday, July 9, 2022

MARY KAY INC. BERGANDING BAHU DENGAN DR. JACK GILBERT UNTUK MENGKAJI SELANJUTNYA "MIKROBIOME" KULIT DAN KESANNYA TERHADAP PROSES PENUAAN




DALLAS, 8 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., satu daripada syarikat penyelidikan penjagaan kulit terkemuka di dunia, telah mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Dr. Jack Gilbert, profesor pediatrik di Pusat Pengajian Perubatan di Universiti California San Diego dan profesor oseanografi mikrobial di Scripps Institut Oseanografi di UC San Diego. Melalui perkongsian itu, saintis di Mary Kay akan bekerjasama dengan Dr. Gilbert untuk mengkaji satu daripada bidang yang paling penting — tetapi kurang difahami — bidang penuaan dan kesihatan kulit: mikrobiome kulit.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220707005167/en/

“Memahami cara bagaimana proses penuaan normal kita mempengaruhi mikrobiota kulit mungkin dapat memberikan penemuan baharu yang mengejutkan yang membentuk masa depan di dalam mereka bentuk produk kosmetik,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc. “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Dr. Gilbert untuk lebih memahami kesan mikrobiome di dalam kesihatan kulit secara keseluruhan.”

Pada tahun 2022, Dr. Gilbert menjadi pengarah bersama bagi Pusat Mikrobiome dan Metagenomik di UC San Diego, sebahagian daripada program Pemakanan untuk  Kesihatan Kepersisan bernilai $175 juta di Institut Kesihatan Kebangsaan. Digabungkan dengan kepakaran Dr. Gilbert, saintis di Mary Kay berharap untuk meneroka cara bagaimana ciri-ciri kulit yang berbeza dikaitkan dengan perubahan mikrobial pada wanita. “Terdapat satu jurang pengetahuan di sini,” kata Dr. Gildea. “Kami berharap untuk dapat merapatkannya.”

Kajian terdahulu telah menyimpulkan bahawa kulit manusia mempunyai ekosistem mereka tersendiri yang kompleks yang terdiri daripada bakteria dan mikroorganisma lain yang berfungsi sebagai asas mereka yang sihat. Sama seperti apa yang telah ditemui dalam usus, kulit manusia—organ terbesar badan—memerlukan bakteria ini untuk fungsi yang optimum. Komuniti bakteria ini juga mengekalkan satu tanda yang unik berdasarkan kepada lokasi, umur, jantina dan interaksi dengan alam sekitar. Terdapat pengetahuan yang sangat terhad tentang faktor sebenar yang menyumbang kepada komuniti bakteria yang sangat berubah-ubah itu pada kulit dan kesan mereka terhadap proses penuaan.

Perkongsian dengan Dr. Gilbert itu hanyalah usaha terbaharu Mary Kay untuk mengukuhkan komitmen jenama itu yang telah berlarutan untuk memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Mary Kay memegang lebih daripada 1,600 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk sebuah hari esok yang lestari, dengan bekerjasama bersama organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16072

No comments:

Post a Comment