Friday, July 29, 2022

EGON ZEHNDER MENAMAKAN RACHAEL DE RENZY CHANNER SEBAGAI KETUA GLOBAL BAGI KELESTARIAN

Peranan baharu yang diwujudkan itu menandakan satu daripada pelantikan pemimpin kelestarian secara formal yang pertama di dalam lima firma pencarian eksekutif dan penasihat kepimpinan global utama

ZURICH, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rachael De Renzy Channer telah dilantik sebagai Ketua Global bagi Kelestarian untuk Egon Zehnder, firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia.

Berpangkalan di London, De Renzy Channer telah mengetuai Kumpulan Amalan Kelestarian global di Egon Zehnder sejak tiga tahun yang lalu, dengan membantu organisasi di seluruh dunia membangunkan budaya, pasukan dan pemimpin mereka untuk menjadi kuasa bagi kebaikan. Beliau telah menjadi pengarang bersama bagi laporan kelestarian Firma itu baru-baru ini, yang meninjau beratus-ratus pemimpin di seluruh dunia mengenai keadaan kelestarian di dalam organisasi mereka. Sebelum menyertai Egon Zehnder, De Renzy Channer telah mengetuai strategi di dalam beberapa syarikat, termasuk Schneider Electric. Terdahulu di dalam kerjayanya, beliau berkhidmat di dalam Tentera British selama 12 tahun, di mana sebahagian besar daripada kerjaya ketenteraan beliau digunakan untuk memberi tumpuan kepada kepimpinan dan pembangunan.

“Firma kami telah komited kepada mewujudkan sebuah dunia yang lebih mapan selama bertahun-tahun, dan Rachael akan membawa kebolehlihatan, penjajaran dan komitmen yang lebih besar kepada matlamat Firma kami, iaitu Kepimpinan bagi sebuah Dunia yang Lebih Baik,” kata Edilson Camara, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Egon Zehnder.

Dalam peranan beliau sebagai Ketua Global bagi Kelestarian, De Renzy Channer akan mengetuai usaha impak Egon Zehnder, yang mencakupi daripada inisiatif kelestarian serantau sehingga ke peringkat global, untuk memacukan transformasi DEI, kepada berhubungan dengan organisasi lain bagi menambah baik dunia kita yang dikongsi bersama. “Egon Zehnder, seperti banyak organisasi lain, sedang berada dalam satu perjalanan kelestarian. Kami belajar bahawa kemajuan kami sendiri adalah berkait rapat dengan perubahan di dalam penetapan minda dan motivasi yang harus diutamakan,” kata De Renzy Channer. “Kelestarian bukan sekali-kali mengenai menandakan kotak-kotak, tetapi ia adalah mengenai memacu ke hadapan sebuah dunia yang lebih inklusif dan mapan. Perubahan ini bermula dari dalam, dan saya gembira untuk meneruskan perjalanan ini dengan Firma kita di dalam peranan baharu ini.”

Maklumat mengenai Egon Zehnder

Egon Zehnder adalah firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia, yang memberi inspirasi kepada pemimpin untuk mengemudi persoalan yang rumit dengan jawapan bersifat kemanusiaan. Kami membantu organisasi untuk mencapai cabaran kepimpinan mereka dan menawarkan maklumat balas dan pandangan yang jujur ​​untuk membantu pemimpin merealisasikan keberadaan dan tujuan sebenar mereka. Perunding kami seramai 560 orang di 62 pejabat dan 35 buah negara adalah bekas pemimpin industri dan fungsian yang bekerjasama secara lancar merentasi geografi, industri dan fungsi untuk menyampaikan kuasa penuh bagi Firma itu kepada setiap pelanggan, pada setiap masa.

Kami percaya bahawa bersama-sama kami dapat mengubah manusia, organisasi dan dunia melalui kepimpinan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari egonzehnder.com dan ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16143

No comments:

Post a Comment