Monday, July 18, 2022

HANNAH STOCKING MENYERTAI BARISAN PELAKON 'SKILL HOUSE', TERBITAN RYAN KAVANAUGH, BERSAMA BRYCE HALL, 50 CENT, NEAL MCDONOUGH, PAIGE VANZANT DAN RAMAI LAGI

 Projek ini menyerlahkan siri pertama dalam francais filem seram tahap unggul kategori R


LOS ANGELES, 18 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Proxima Media, milik Ryan Kavanaugh, mengumumkan bahawa tokoh Internet dan pelakon, Hannah Stocking, telah menyertai barisan pelakon SKILL HOUSE, sebuah filem seram yang bakal ditayangkan. Filem itu dibintangi Bryce Hall, ahli media sosial luar biasa dan bintang TikTok, dan menampilkan Paige VanZant, veteran UFC, bintang BKFC dan AEW, serta 50 Cent, tokoh hip-hop global, yang juga berkhidmat sebagai penerbit melalui syarikat G-Unit Film & Television beliau, di samping Neal McDonough yang baru-baru ini memainkan peranan utama dalam filem Yellowstone, The Arrow, The Flash, Residential Evil, Van Helsing dan banyak lagi.

Siri pertama dalam francais filem seram tahap unggul kategori R, SKILL HOUSE merupakan ambilan ala filem “saw” yang menyerlahkan fenomena kemasyhuran dan budaya media sosial, SKILL HOUSE menawarkan penggambaran yang tegar mengenai “pengaruh” dan meneroka fenomena baharu bagi “pempengaruh”, kemasyhuran mereka dan perkara yang sanggup dilakukan oleh mereka untuk mencapainya. Filem yang bertempat di Los Angeles ini, yang terutamanya dibuat di "Sway House" yang asal, mengamati dunia media sosial dan menguji batasan apabila "klik" dan "pengaruh" benar-benar menjadi soal hidup atau mati, dengan Steve Johnson, pemenang anugerah Emmy pakar kesan khas (GHOSTBUSTERS, BICENTENNIAL MAN, SPIDER-MAN 2) yang mempamerkan beberapa adegan berdarah dan keganasan paling realistik yang pernah ditonton oleh peminat.

Hannah Stocking adalah seorang pencipta, tokoh Internet, pelakon dan juruacara berbilang bakat yang kemasyhurannya dalam dunia hiburan digital, dan peralihannya ke dunia media tradisional selepas itu, telah dipelopori oleh jenis komedi unik beliau, iaitu jenis komedi yang sering ditokok tambah dengan gabungan kelucuan dan kandungan sains, dan kini mempunyai lebih daripada 50 juta orang pengikut di semua platform beliau. Hasil kejayaan Stocking merangkumi filem terkemuka Tyler Perry, BOO 2! A MADEA HALLOWEEN dan SATANIC PANIC. Beliau juga telah berlakon dalam satu episod Stories From Our Future, siri cerita pendek yang diterbitkan secara usaha sama dengan Black Mirror Netflix, bahkan telah muncul dalam video muzik termasuk Hard 2 Face Reality oleh Poo Bear yang menampilkan Justin Bieber, dan Electronica serta Find Me oleh Marshmello.

“Filem ini merupakan yang pertama daripada genre seram baharu, begitu juga tokoh media sosial seperti Bryce dan Hannah merupakan genre selebriti baharu. Kami melanggar batas kreatif dan batas kerjaya di sini,” kata Josh Stolberg, pengarah. “Hannah mempunyai bakat yang dinamik dan melambangkan semua aspek projek ini - kemasyhuran Internet dan perkembangan industri hiburan. Kami amat teruja kerana beliau menyertai barisan pelakon kami.”

Projek ini dibiayai dan dikawal oleh Proxima Media, dimiliki dan dikendalikan oleh Ryan Kavanaugh, seorang penerbit terkemuka dan calon penerima anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony. Ia ditulis dan diarahkan oleh tokoh filem seram, Josh Stolberg, pengarang bersama filem seram seperti SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW (dibintangi Chris Rock dan Samuel L Jackson), JIGSAW, PIRANHA 3D, SORORITY ROW, serta filem SAW seterusnya (bertajuk SAW X buat sementara waktu). Melalui syarikat beliau, G-Unit Film & Television, Jackson juga akan menjadi penerbit bersama dengan Kavanaugh, Alex Baskin, serta Amy Kim dan Jaime Burke daripada Lifeboat Productions. Daniel Herther yang menyelia penerbitan dan pembangunan kreatif di Proxima, akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Jason Barhydt dan Bobby Sarnevesht.

Barisan pelakon tambahan merangkumi Leah Pipes (SORORITY ROW, The Originals), McCarrie McCausland (Army Wives, The Originals), Ivan Leung (THE TENDER BAR, All American, Grey's Anatomy), John DeLuca (Spree, American Horror Story) dan Caitlin Carmichael (MIDNIGHT IN THE SWITCHGRASS, EPIPHANY).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai SKILL HOUSE, sila ikuti Instagram (@skillhousemovie), Twitter (@skillhousemovie) dan TikTok (@skillhousemovie).

Perihal Hannah Stocking
Hannah Stocking adalah seorang pencipta, pelakon dan juruacara berbilang bakat yang kemasyhurannya dalam dunia hiburan digital, dan peralihannya ke dunia media tradisional selepas itu, telah dipelopori oleh jenis komedi unik beliau, iaitu jenis komedi yang sering ditokok tambah dengan gabungan kelucuan dan kandungan sains. Seorang pempengaruh media sosial yang hebat, beliau mempunyai lebih daripada 50 juta orang pengikut yang tergabung pada semua platform beliau, termasuk 7.8 juta orang pelanggan pada YouTube. Saluran YouTube beliau, yang mengumpulkan sejuta orang pelanggan dalam tempoh kurang daripada lima bulan, telah mengumpulkan 2.1 bilion tontonan sepanjang hayat dengan pelbagai kandungan. Beliau juga telah mengumpulkan lebih daripada 26 juta orang pengikut pada TikTok dan 22 juta orang pengikut pada Instagram.

Stocking sering memanfaatkan latar belakangnya sebagai penuntut mata pelajaran utama dalam ilmu kimia dan biologi untuk memasukkan unsur tambahan dalam kandungannya. Stocking telah menggunakan gaya istimewa ini apabila membangunkan beberapa siri asal berasaskan sains. Terutamanya, beliau telah bekerjasama dengan ATTN: untuk mencipta suatu siri video bermaklumat yang mengemukakan konsep sehari-hari, seperti diet kilat dan otak remaja, dengan cara yang boleh dicapai dengan mudah dan menghiburkan.

Bakat dan karisma beliau terserlah dalam medium tradisional sama seperti dalam talian. Beliau telah menyertai E! News sebagai wartawan jemputan bagi liputan acara anugerah Grammy tahun 2017. Beliau muncul buat pertama kalinya dalam industri pawagam dalam filem terkemuka Tyler Perry, BOO 2! A MADEA HALLOWEEN dan disusuli dengan peranan dalam SATANIC PANIC, sebuah filem yang diarahkan oleh Chelsea Stardust pada tahun 2019Beliau juga telah berlakon dalam satu episod Stories From Our Future, siri cerita pendek yang diterbitkan secara usaha sama dengan Black Mirror Netflix.

Kerjaya beliau telah membawa kepada rencana penting dalam PAPER Magazine, GQ Thailand, Modeliste Magazine dan terbitan lain hasil daripada kebolehannya untuk melahirkan pendiriannya melalui kecantikan dan fesyen sebagai seorang pencipta digital dan penghibur. Beliau telah dikurniai Anugerah Perintis Hari Keusahawanan Wanita, pencipta digital pertama yang menerima penghormatan ini.

Stocking mendapat khidmat pengurusan John Shahidi dan Sam Shahidi daripada Shots Studios.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16102

No comments:

Post a Comment