Thursday, July 14, 2022

PROJECT TWELVE MENUTUP PUSINGAN PEMBIAYAAN $8 JUTA UNTUK MEMBINA EKOSISTEM PERMAINAN WEB3 YANG STABIL & TELAH MEMECAHKAN REKOD UNTUK KEBANYAKAN PEMEGANG NFT




Di dalam keadaan peningkatan platfrom permainan Web3 Project Twelve, Genesis Soul-Bound NFT airdrop telah menerima hampir 500,000 tuntutan dalam masa kurang daripada seminggu dan telah melonjakkan Project Twelve merekodkan status sebagai ketua Web3 dengan jumlah pemegang NFT dan tuntutan airdrop terbesar


NEW YORK, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --  sebagai perintis permainan Web3, Project Twelve (P12) baru-baru ini telah mendedahkan Genesis Soul-Bound NFT airdrop yang telah disambut dengan sangat baik dan luar biasa daripada komuniti permainan. Sejak pelancaran pada 27 Jun pada minggu pertama, lebih 500,000 NFT telah dituntut dan jumlah ini berterusan bertambah dan meningkat secara berpotensi. Hampir 70% peserta telah menyertai acara ini melalui rujukan yang mencerminkan pertumbuhan organik yang kukuh.

Populariti airdrop yang meningkat dengan lebih besar daripada yang dijangka adalah bukti pengiktirafan jenama P12 yang kukuh dan mempunyai daya tarikan visi inovatif kepada komuniti permainan. Ia juga telah menetapkan P12 sebagai platform dengan bilangan pengguna berpotensi yang besar terlibat dalam ruang platform permainan Web3. P12 Genesis Soul-Bound NFT telah memberi penghormatan kepada pembangun dan pemain Steam dengan mendapatkan bukti kelayakan luar termasuk permainan yang diterbitkan dan dimainkan berjam- jam. Dengan cara ini, set data bukti permainan yang berharga akan melayakkan pemegang NFT terhadap hak dan faedah pada masa hadapan dan pemain dalam P12 akan menjadi sebahagian daripada perintis aset maya yang semakin meningkat. Ia akan membuka laluan baru untuk masa depan permainan Web3.

Project Twelve baru – baru ini telah berjaya mendapatkan $8 juta dalam pembiayaan baharu dengan membuka laluan bagi ekosistem untuk berkembang dengan ekonomi permainan yang stabil menjadikan penciptaan permainan boleh diakses. Pembiayaan ini datang daripada gabungan pelabur termasuk MetaApp, Project Galaxy, Primavera Ventures, CyberConnect, CCV, Smrti Lab dan lain – lain lagi.

Dengan pembiayaan baru ini, pasukan pembiayaan dapat meluaskan visi mereka dengan kukuh dalam menjadikan pembikinan permainan boleh diakses dan ekonomi permainan menjadi stabil. Mengeluarkan kecacatan untuk mendapatkan modal yang untung, P12 bertujuan untuk memberikan server yang terbaik untuk pengguna dengan memberi laluan kepada alam dunia maya tanpa had. Untuk melalui cabaran utama yang mempengaruhi industry permainan Web3 ini, P12 akan membina infrastruktur dan alatan yang lengkap untuk mencipta permainan yang boleh diakses dan melaksanakan satu set mekanisme ekonomi dan kerajaan untuk menjadikan ekonomi permainan lebih stabil.

Teroka lebih lagi mengenai Project Twelve dan misi selanjutnya dalam p12.network dan penglibatan pada komuniti seperti Twitter (@_p12_), Discord (https://discord.com/invite/p12) dan blog (https://mirror.xyz/p12.eth) mereka.
 
Mengenai Project Twelve

Project Twelve merupakan platform permainan Web3 dan ekosistem pencipta permainan dengan ekonomi yang stabil. Ia menampilkan ciri Editor, enjin kandungan Metaverse berciri penuh untuk membina dunia permainan. Infra, set API/SDK dan portal pembangun untuk merapatkan kandungan permainan dalam rantaian dan Ecos, set peraturan dan mekanisme ekonomi dan kerajaan yang dilaksanakan dalam kontrak pintar EVM. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16082

No comments:

Post a Comment