Thursday, July 7, 2022

DATA BAYI JANGKA PANJANG MEMBERI JAMINAN TENTANG KAPASITASI BAHARU - KAEDAH PENYUBURAN PEMATANGAN IN VITRO (CAPA-IVM)

WILMINGTON, Delaware, 7 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kajian susulan baharu ke atas bayi yang berusia 2 tahun melaporkan tiada perbezaan dalam hasil perkembangan kanak-kanak yang dilahirkan selepas kapasitasi-pematangan in vitro (CAPA-IVM) berbanding mereka yang dilahirkan melalui persenyawaan in vitro (IVF) konvensional selepas berlakunya rangsangan ovari. Kajian ini direka untuk mengesan kelewatan perkembangan kanak-kanak dari segi komunikasi, motor kasar, motor halus, penyelesaian masalah dan tingkah laku peribadi-sosial. Ia merangkumi sejumlah 231 orang kanak-kanak yang dinilai pada usia 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan selepas kelahiran.


Hasil kajian ini dibentangkan oleh Prof. Dr. Tuong M Ho di Mesyuarat Tahunan kali ke-38 European Society of Human Reproduction and Embryology (ESHRE) pada 6 Julai 2022 di Milan (Itali) dan telah diterbitkan dalam Human Reproduction1, sebuah jurnal perubatan reproduktif yang terkemuka.

Prof. Dr. Lan Vuong dari hospital MyDuc, HCMC, Vietnam yang mengetuai kajian ini berkata: “Salah satu mesej utama daripada kajian ini ialah tidak terdapat sebarang kebimbangan yang ketara dari segi keselamatan CAPA-IVM terhadap perkembangan kanak-kanak.” Hasil keputusan semasa melengkapkan penemuan baru-baru ini yang mencadangkan bahawa CAPA-IVM tidak menunjukkan sebarang perubahan epigenetik atau kecacatan peneraan utama dalam oosit matang in-vitro2. Dr. Vuong percaya bahawa bukti yang terus dibangunkan tentang CAPA-IVM adalah penting agar para pakar perubatan dapat mempertimbangkan pendekatan alternatif untuk rawatan kesuburan yang ada pada masa ini.

Tentang CAPA-IVM

CAPA-IVM ialah suatu pendekatan baharu terhadap pematangan in-vitro oosit yang dipulihkan selepas ketiadaan atau kewujudan rangsangan ovari yang minimum, yang menggabungkan langkah kapasitasi dalam pematangan oosit in vitro serta meningkatkan kompetensi perkembangan oosit. CAPA-IVM ialah kaedah teknologi reproduktif bantuan yang mesra pesakit dan mungkin menjadi pilihan alternatif untuk rangsangan ovari konvensional dan IVF, dengan beban rawatan yang berkurangan pada pesakit. Hak seluruh dunia ke atas teknologi CAPA-IVM dimiliki oleh Lavima Fertility, Inc.

Rujukan

1. Vuong LN, Nguyen MHN, Nguyen NA, Ly TT, Tran VTT, Nguyen NT, Hoang HLT, Le XTH, Pham TD, Smitz JEJ, Mol BW, Norman RJ, Ho TM. Perkembangan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah IVM berbanding IVF: susulan 2 tahun selepas kajian rawak terkawal. Human Reproduction 2022, ms. 1–9, deac115,

2. Saenz-de-Juano MD, Ivanova E, Romero S, Lolicato F, Sánchez F, Van Ranst H, Krueger F, Segonds-Pichon A, De Vos M, Andrews S, Smitz J, Kelsey G, Anckaert E. Metilasi DNA dan ekspresi mRNA peneraan gen dalam blastosista yang diperoleh daripada kaedah pematangan in vitro yang dipertingkat untuk oosit daripada folikel antral kecil pada pesakit sindrom ovari polisistik. Human Reproduction 2019 29 Sep;34(9):1640-1649.

Hubungan

andre.rosenthal@lavimafertility.com


SUMBER : Lavima Fertility Inc.

No comments:

Post a Comment