Monday, May 14, 2018

YPO MENGUMUMKAN PEMENANG ANUGERAH INOVASI GLOBAL 2018

Memberikan Penghormatan kepada Peneraju Global yang Merintis Inovasi, Transformasi dan Kejayaan Cemerlang yang Menginspirasikan 


DALLAS, 14 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung dunia, mengumumkan pemenang Anugerah Inovasi Global sebagai sebahagian daripada Minggu Inovasi YPO tahunan yang ketiga. Anugerah Inovasi Global ini memberikan penghormatan kepada ahli YPO yang telah merintis kecemerlangan inovasi yang telah menginspirasikan transformasi positif.

Selain daripada mengiktiraf inovator teratas dari kalangan 25,000 ahli YPO merentasi 130 negara, Anugerah Inovasi Global juga memberi penghormatan kepada inovator teratas Afrika dan inovator belia teratas, yang merupakan anak kepada ahli YPO (berumur 17-29).

“Setiap tahun, YPO mempunyai peluang yang hebat ini untuk memberi penghormatan dan menyerlahkan inovator cemerlang yang telah memberikan kesan yang mendalam di seluruh dunia. Anugerah Inovasi Global menyerlahkan individu yang meneraju laluan penciptaan syarikat yang berpandangan jauh serta peluang yang signifikan untuk masa kini dan untuk generasi yang akan datang,” kata Keith Alper, Pengerusi Minggu Inovasi YPO.

Pada bulan Mei, Minggu Inovasi YPO 2018 akan menghubungkan usahawan, inovator dan tokoh pemikir yang berpengaruh untuk bertukar-tukar idea tentang inspirasi, pencapaian dan transformasi melalui lebih daripada 50 acara pengenalan, siaran video langsung interaktif dua hala dan acara strim langsung di seluruh dunia. YPO mengumumkan inovator teratas Afrika di Africa Ignite di Nairobi, Kenya dan pemenang Anugerah Inovasi Global di Bandar New York.

Pemenang Anugerah Inovasi Global 2018

Anugerah Inovasi Global – Harjit Gill, X-Halo
Harjit Gill ialah CEO X-Halo, peranti pertama di dunia untuk mengesan pencetus awalan penyakit pernafasan sebelum sebarang tanda simptom. Bersambung pada telefon pintar, peranti ini merupakan satu-satunya yang memberi amaran awal tentang penyakit dan mengesan kesihatan paru-paru dengan mengukur suhu pernafasan.

Melalui peranti ini, selepas tanda-tanda dikesan, pesakit boleh melaksanakan perubahan gaya hidup dan pilihan rawatan perubatan dalam menguruskan sebarang isu yang mungkin berlaku, pada kos yang berpatutan di rumah.

Anugerah Inovasi Global – Inovator Teratas Afrika – Yariv Cohen, Ignite Power
Yariv Cohen ialah CEO Ignite Power, pembangun dan pembiaya penyelesaian tenaga bersih selamat Pan-Afrika. Antara penyelesaian ini ialah sistem solar untuk rumah luar bandar yang diinterigasikan dengan wang mudah alih untuk tenaga bayar-yang-anda-guna dan model penentuan kos pemajakan serendah USD4 setiap bulan.

Ignite Power telah menghubungkan hampir 500,000 orang pada kuasa solar selamat dan merancang untuk mencapai 10 juta menjelang 2021.

Anugerah Inovasi Global – Generasi Seterusnya YPO – Leslie Lim, Cicil 
Leslie Lim ialah Pengasas Bersama Cicil, pemecut permulaan landas pelancaran Google yang memfokus pada memberikan akses kewangan kepada segmen pelajar universiti Indonesia yang terabai. Cicil memberikan hutang mikro kepada pelajar, membantu mereka dengan pelbagai cara termasuk membiayai komputer riba dan tablet, peralatan sukan dan banyak lagi.

“Tahniah kepada pemenang Anugerah Inovasi Global 2018 kerana mereka telah menyerlahkan inovasi dan meluaskan bakat rangkaian YPO global,” kata Scott Mordell, CEO YPO. “Para inovator ini memacu pembaharuan dan meneraju laluan ke masa hadapan.”

Finalis
Finalis teratas untuk Anugerah Inovasi Global YPO termasuklah:

Jerry Callahan, Pengasas dan CEO Heatworks
Jerry Callahan ialah pencipta Teknologi Tatasusunan Ohm, yang menggabungkan tatasusunan elektrod grafit dengan mekanisme kawalan digital, memberikan kaedah pemanasan air yang tulen dan efektif yang menggunakan air sebagai unsur pemanasan dan bukannya unsur pemanasan berlogam.

Nicolas Durand, CEO dan Pengasas Abionic
Nicolas Durand ialah CEO dan Pengasas Abionic, yang telah membangunkan abioSCOPE, platform diagnostik paling cepat di dunia yang berasaskan setitis darah dalam memajukan diagnosis perubatan ketika masa penjagaan.

George Kurtz, Presiden, CEO dan Pengasas Bersama CrowdStrike
George Kurtz ialah Presiden, CEO dan Pengasas Bersama CrowdStrike, syarikat teknologi keselamatan siber yang sangat dikenali disebabkan oleh pendekatan dipacu awan untuk menghentikan kebocoran. Teknologi CrowdStrike — platform Falcon — telah menetapkan standard baharu dalam membantu organisasi menghentikan kebocoran, melangkau melepasi perisian hasad untuk mengelakkan serangan bersasar lanjutan tanpa mengira asal atau teknik mereka.

Sunil Lalvani, Pengarah Urusan Binatone Lifestyle Ltd.
Sunil Lalvani mengasaskan Projek Maji untuk mengatasi cabaran air global dengan mereka bentuk dan membangunkan kios air yang dikuasakan oleh solar merentasi komuniti luar bandar di sub-Sahara Afrika untuk membekalkan air yang selamat diminum. Buat masa ini, Projek Maji membekalkan air bersih kepada 15,000 penduduk di 11 lokasi dan bermatlamat untuk memperluaskannya kepada satu juta orang pada 2025.

Christina Lomasney, Presiden, CEO dan Pengasas Bersama Modumetal, Inc.
Christina Lomasney ialah Presiden, CEO dan Pengasas Bersama Modumetal, yang mengilangkan logam berlapis nano kelas baharu yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih tahan lasak dari logam konvensional dan aloi. Walaupun berasal daripada bahan mentah asas yang sama seperti logam konvensional, aloi berlamina nano Modumetal boleh digunakan hampir di mana-mana logam dan aloi telah digunakan sementara memberikan peningkatan prestasi yang ketara berbanding logam konvensional

Bob White, Presiden dan CEO Entellus Medical, Inc
Bob White ialah Presiden dan CEO Entellus Medical, Inc, yang telah mencipta Sistem Pendilatan ENT XprESS. Sistem ini, yang telah merawat lebih daripada 200,000 pesakit buat masa ini, telah digunakan untuk rawatan invasif minimum untuk pesakit dewasa dan pediatrik dengan sinusitis kronik dan berulang. Pesakit yang dirawat dengan sistem ini telah mengalami masa pemulihan yang lebih cepat, kurang pendarahan, menggunakan kurang ubatan preskripsi dan kurang debridemen selepas prosedur.

Lee Zheng, Pemilik Smart Technologies and Investment Ltd. serta Pengasas dan CEO PIN Genie
Lee Zheng ialah pemilik Smart Technologies & Investment serta Pengasas dan CEO PIN Genie. PIN Genie ialah inovasi teknologi PIN. Teknologi tinggi keselamatan dan tahan intai terpaten ini boleh digunakan pada peranti yang memerlukan penggunaan PIN, menjadikannya mustahil untuk orang lain untuk mengintip PIN dan memberikan keselamatan dan kesenangan yang lebih kepada pengguna.

Perihal Minggu Inovasi YPO

Minggu Inovasi YPO ialah siri lebih 50 acara yang dijalankan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia daripada 7-11 Mei 2018, menampilkan inovator global dinamik yang akan berkumpul untuk berkongsi strategi perniagaan terbaik serta ilmu yang relevan dan tepat pada masanya yang menjana inovasi dan membentuk masa hadapan perniagaan global untuk dekad seterusnya.

Melalui acara pengenalan Minggu Inovasi, siaran video langsung interaktif dua hala dan acara strim langsung, tokoh perniagaan akan mempelajari cara untuk mengikuti trend inovasi pada skala global, mencipta inovasi dan keunikan dalam amalan industri, memupuk dan membangunkan idea penjanaan nilai di seluruh organisasi dan mempengaruhi komuniti, industri dan dunia dengan cara yang positif.

Perihal YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25,000 ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat dengan ahli YPO mempunyai 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.

Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati YPO.org.

Hubungan:
YPO 
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298 
press@ypo.org

SUMBER : Young Presidents’ Organization, Inc.

No comments:

Post a Comment