Friday, May 25, 2018

DANAJAMIN LANTIK CHOO YEE KWAN SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) – Syarikat penginsurans jaminan kewangan, Danajamin  Nasional Bhd melantik Choo Yee Kwan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah syarikat itu untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa Selasa lepas.

Choo, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Undang-undang (Kepujian) daripada University of London, mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri perbankan dan pengurusan risiko.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan antaranya 16 tahun sebagai ketua pegawai risiko dan ketua pegawai kredit dengan tiga bank yang berbeza.

Pengarah Urusan Danajamin, Mohamed Nazri Omar berkata: “Kami percaya dengan pengalamananya yang luas terutamanya dalam industri perbankan, akan terus meningkatkan kedudukan syarikat sebagai syarikat insurans jaminan kewangan pertama di negara ini.

“Kami yakin, Choo Yee Kwan akan memperi impak penting dan positif kepada Danajamin,” katanya.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment