Wednesday, May 30, 2018

AXA sedia bayaran balik enam peratus GST

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bagi menghargai pelanggannya, AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) akan mengembalikan bayaran enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada semua pemegang polisi yang membuat pembayaran terlebih dahulu bagi polisi yang tamat pada 1 Jun dan seterusnya.

Tawaran ini sah sehingga 30 Sept.

Ketua Pegawai Kewangan AAGI, Michelle Dan berkata usaha itu sejajar dengan pengumuman kerajaan Malaysia untuk mengurangkan GST kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun.

"Dalam kebanyakan kes, tiada bayaran balik GST akan diberikan untuk pembayaran yang dibuat sebelum 1 Jun. Tetapi kami menghargai pelanggan setia kami, oleh itu kami akan mengembalikan enam peratus GST kepada mereka," kata Dan dalam satu kenyataan hari ini.

Mulai sekarang hingga 30 Sept, semua pemegang polisi yang terjejas boleh meminta bayaran balik dengan menghubungi khidmat pelanggan AAGI di (+603) 2170 8282, pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang (tidak termasuk hari cuti umum) atau dengan mengunjungi mana-mana pejabat cawangannya di seluruh negara.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment