Tuesday, May 15, 2018

​INVIVOSCRIBE MENGUMUMKAN MAKMAL RUJUKAN "PUSAT KECEMERLANGAN" SERANTAU DI BEIRUT YANG MENAWARKAN PANEL GEN KHUSUS

SAN DIEGO, 14 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --Invivoscribe Technologies Inc., syarikat diagnostik kepersisan global dalam onkologi dan perubatan molekul diperibadikan, mengumumkan kerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Amerika Beirut (AUBMC) di Lebanon untuk mencipta Pusat Kecemerlangan baharu. Kemudahan ini akan berfungsi sebagai makmal perkhidmatan antarabangsa di Timur Tengah, menguji semua penyakit hematologi, termasuk leukemia dan limfoma. Kerjasama ini akan membolehkan Pusat Perubatan Universiti Amerika Beirut untuk membekalkan ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan distandardkan untuk rakan kongsi farmaseutikal dan klinikal di Timur Tengah yang sama disediakan oleh makmal klinikal LabPMM Invivoscribe di A.S., Jepun dan Jerman. Penubuhan pusat ini juga memudahkan masa pusing balik yang lebih cepat, yang penting bagi kemasukan percubaan klinikal dan pengesanan pesakit semasa tempoh rawatan.

Pusat Kecemerlangan di Makmal Diagnostik Molekul Pusat Perubatan Universiti Amerika Beirut yang diiktiraf CAP akan memperluaskan julat perkhidmatan diagnostik tersedia di Timur Tengah, membawa tatasusunan komprehensif ujian baru yang direka bentuk dan dihasilkan dalam kemudahan yang diiktiraf ISO 13485. Paling penting, melalui kerjasama ini, ujian panel gen penjujukan generasi seterusnya (NGS) khusus Invivoscribe termasuk MyAML®, MyHeme® dan MyMRD® akan tersedia di Timur Tengah. Ujian ini mengenal pasti dan menjejak mutasi pemacu primer dan struktur subklonalnya, serta kemunculan mutasi pemacu baharu dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit hematologi. Ujian lain yang tersedia termasuklah ujian menu komprehensif Asai IdentiClone® dan LymphoTrack® Dx untuk klonaliti, penyakit sisa minimum (MRD) mutasi hiper soma. Pusat Kecemerlangan ini adalah yang pertama daripada banyak yang akan memudahkan pemiawaian antarabangsa perkhidmatan pengujian, memberikan kepada pusat perubatan di seluruh dunia capaian yang belum pernah berlaku kepada asai dan bioinformatik proprietari Invivoscribe.

Perihal Invivoscribe

Invivoscribe Technologies Inc. ialah syarikat bioteknologi yang beroperasi secara swasta yang berdedikasi dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan distandardkan untuk meningkatkan bidang diagnostik molekul diperibadikan dan perubatan molekul diperibadikan. Ujian, reagen dan alat bioinformatik reagen berasaskan NGS dan PCR Invivoscribe kini digunakan dalam lebih daripada 700 makmal klinikal dan penyelidikan di lebih daripada 160 negara.  Invivoscribe kini mempunyai makmal klinikal yang terletak di Amerika Utara, Eropah dan Asia, yang menyediakan akses antarabangsa kepada ujian klinikal yang diiktiraf CLIA, CAP dan ISO 15189 yang selaras serta perkhidmatan organisasi kajian kontrak (CRO). Invivoscribe mempunyai rekod pencapaian kerjasama yang berjaya dengan syarikat-syarikat farmaseutikal global dalam membangunkan dan mengkomersialkan diagnostik pendamping. Sebagai peneraju antarabangsa, Invivoscribe menitikberatkan sistem kualiti dan membangunkan semua produk IVD, termasuk perisian bioinformatik dengan mematuhi kawalan rekaan ISO 13485, lalu melayakkannya untuk didaftarkan dengan jawatankuasa pengawalan di seluruh dunia. 

Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.invivoscribe.com.

Perihal Jabatan Patologi dan Perubatan Makmal di AUBMC

Pada masa ini, Jabatan Patologi dan Perubatan Makmal, meliputi kawasan sebesar 3,500 m2  dan mengendalikan lebih kurang 400 instrumen  yang diedarkan kepada 14 unit makmal dan disiplin: Hematologi Klinikal, Kimia Klinikal, Mikrobiologi Klinikal, Genetik Biokimia, Sitometri Aliran, Sitogenetik, Diagnostik Molekul, Patalogi Bedah, Sitologi, Imunohistokimia, Neuromuskular, Bank Darah, Pengurusan Penderma dan Penyediaan Sel Stem. Ia menawarkan menu lab yang melebihi 500 ujian dan merangkumi semua kepakaran utama Patologi dan Perubatan Makmal. Pada masa ini, lebih daripada 2,400,000 ujian boleh dibilkan dilaksanakan setiap tahun oleh pasukan fakulti dan pekerja yang berkemahiran tinggi dalam unit makmal masing-masing dan berdasarkan standard terbaik pengujian makmal klinikal antarabangsa. Semua fakulti telah menerima latihan di AS dan kebanyakannya adalah diplomat Lembaga Patologi Amerika. Jabatan ini diiktiraf oleh Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP) dan memenuhi standard Joint Commission International (JCI). 

Perihal Pusat Perubatan Universiti Amerika Beirut (AUBMC)

Sejak 1902, AUBMC telah menyediakan standard penjagaan tertinggi kepada pesakit merentasi Lebanon dan serantau. Ia juga merupakan hospital pendidikan untuk Fakulti Perubatan di AUB (ditubuhkan pada 1867), yang melatih generasi pelajar dan pakar perubatan, serta mana siswazahnya berada di institusi-institusi terkemuka di seluruh dunia. AUBMC adalah satu-satunya institusi perubatan di Timur Tengah yang telah memperoleh lima akreditasi antarabangsa JCI, Magnet, CAP, ACGME-I dan JACIE, yang membuktikan piawaian unggulnya dalam penjagaan berpusatkan pesakit, kejururawatan, patologi/perkhidmatan makmal dan pengajian pendidikan perubatan.

Fakulti Perubatan telah menganugerahkan ijazah kepada lebih daripada 4,000 pelajar dan pakar perubatan; Sekolah Kejururawatan Rafic Hariri menyediakan pendidikan terbaik untuk jururawat dan Pusat Perubatan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan untuk lebih daripada 360,000 pesakit yang datang setiap tahun.

HUBUNGAN:
Kevin Dobyns 858-224-6600

Sumber : Invivoscribe, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment