Thursday, May 24, 2018

TOSHIBA LANCAR PEMACU IC JAMBATAN-H MENYOKONG PEMACU KUASA SEMASA VOLTAN RENDAH 1.8V DAN VOLTAN RENDAH 1.6A

-Merealisasi kawalan motor dengan dua bateri sel kering -

TOKYO, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran “TC78H651FNG,” pemacu IC dwi-jambatan[1]  H untuk DC motor ‘brushed’ dan ‘stepping’ motor yang menyalurkan voltan rendah (1.8V) dan arus tinggi (1.6A)[2] yang penting untuk peralatan bervoltan rendah yang dikuasakan oleh bateri sel kering, seperti peranti mudah alih, produk elektronik untuk rumah dan pemacu USB.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, apabila IOT (Internet segala-galanya) berkembang maju, dan teknologi tanpa wayar semakin banyak digunakan, permintaan ke atas aplikasi yang boleh dikendalikan dari jauh melalui telefon pintar dan alat lain, semakin meningkat, selain minat terhadap kawalan motor berkuasa bateri.

Trend ini merangsang permintaan ke atas pemacu IC yang mampu memacu peranti, termasuk pada voltan rendah 1.8V (0.9V × 2 bateri, yang kapasitinya dikurangkan dengan pelepasan walaupun 1.5V, 1.2V, dan lain-lain merupakan voltan awal).

Sehingga ini, peranti arus perdana telah menjadi pemacu IC jambatan-H yang dibangunkan dengan transistor bipolar, yang dapat mencapai operasi yang stabil pada voltan rendah. Bagaimanapun, masalah yang timbul termasuk penggunaan arus yang besar yang memendekkan hayat bateri dan meningkatkan kerugian arus dalam IC, dan tork motor tidak mencukupi, memandangkan voltan yang digunakan untuk motor diturunkan.

Pengendali pemacu IC dwi-Jambatan-H baharu menggunakan proses DMOS khusus Toshiba untuk pemacu voltan rendah mencapai hayat bateri yang lebih lama dengan operasi voltan rendah yang stabil. Tork motor yang lebih baik juga direalisasikan dengan mengurangkan kerugian IC melalui rintangan rendah[3]. Produk baharu ini sesuai untuk aplikasi motor yang didorong oleh bateri voltan yang agak rendah (1.8V hingga 6.0V).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11152

No comments:

Post a Comment