STOCKHOLM, Sweden, 31 Jan (Bernama-GLOBE
NEWSWIRE) -- Nasdaq Corporate Solutions mengumumkan
kerjasamanya dengan Euroland IR untuk menawarkan ciri lanjutan kepada ahli
profesional hubungan pelabur (IR) di seluruh dunia bagi laman web IR mereka.
Kerjasama ini menjadi rasmi pada Disember 2016 dan membawakan sebut harga saham
komprehensif, pencartaan interaktif dan modul laman web IR lain kepada
beribu-ribu klien Nasdaq Corporate Solutions merentasi EMEA, Asia dan Amerika.
Naik taraf untuk klien sudah berlangsung dan berikutan keluaran platform laman web IR generasi masa
depan Nasdaq yang dikuasakan oleh teknologi sumber
terbuka Drupal 8.
No comments:
Post a Comment