CINCINNATI, Jan 11 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, anak syarikat milik penuh Meridian
Bioscience Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan Cerakin Pilih
EPIK™ miRNA yang asalnya dibangunkan untuk kajian molekul mikroRNA (miRNA)
individu. Dengan kerjasama MiRXES, Bioline mengeluarkan 800 Cerakin Pilih EPIK™
miRNA pada Mac 2016 dan ini telah bertambah untuk merangkumi semua organisma
yang disenaraikan dalam miRBase keluaran 21, yang mewakili lebih 27,000 cerakin
miRNA. Kajian baru-baru ini terus menunjukkan nilai klinikal molekul miRNA
individu yang dibebaskan daripada tisu dan sel. Ekspresi sesetengah molekul
miRNA individu berhubung kait dengan keadaan penyakit tertentu menjadikannya
calon biopenanda yang kuat untuk pengesanan awal penyakit, ramalan penyakit dan
pemantauan rawatan bagi manusia dan organisma lain.
No comments:
Post a Comment