KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- ExxonMobil Exploration and Production
Malaysia Inc telah menyumbang RM150,000 kepada Mercy Malaysia untuk membantu keluarga yang terjejas banjir di pusat-pusat pemindahan di Kuala Berang, Dungun dan Besut. Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil, Sukiman Mohamed berkata ini antara lain, membolehkan kit kebersihan diri diagihkan kepada keluarga yang terjejas. "Kami berharap sumbangan kami dapat membantu Mercy dalam misi kemanusiaannya," kata beliau. Menurut kenyataan syarikat itu, setiap kit dapat menampung keluarga terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak dan mengandungi barang-barang seperti peralatan mandian, selimut dan pakaian dalam. -- BERNAMA |
Saturday, January 7, 2017
EXXONMOBIL SUMBANG RM150,000 BANTU KELUARGA TERJEJAS BANJIR DI TERENGGANU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment