ROTTERDAM, Belanda, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu gabungan antarabangsa hari ini mengumumkan bahawa satu
tuntutan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Belanda semalam bagi pihak
pelabur institusi yang mengalami kerugian berbilion dolar di dalam pelaburan
mereka dalam Petroleo Brasiliero SA ("Petrobras"). Dengan memohon
untuk mendapatkan relief perisytiharan akibat daripada dakwaan rasuah oleh
syarikat itu dan eksekutif mereka, gabungan itu yang mewakili pelabur yang
membeli sekuriti Petrobras di bursa BM&FBOVESPA di Brazil dan sekuriti lain
yang dibeli melalui urus niaga di luar, dan tidak dilindungi oleh, tindakan
undang-undang di Amerika Syarikat. Kumpulan pelabur yang terjejas itu percaya
bahawa Belanda adalah bidang kuasa yang optimum untuk meneruskan tindakan
undang-undang itu, kerana di sinilah di mana Petrobras Global Finance B.V. dan
beberapa entiti dan bahagian Petrobras yang lain bermastautin. Selain itu,
sistem undang-undang Belanda mempunyai duluan penyelesaian global yang sudah
diwujudkan bagi pelabur antarabangsa yang menuntut pampasan yang sejajar dengan
kerugian yang disebabkan oleh penipuan dan pelanggaran undang-undang sekuriti
antarabangsa.
No comments:
Post a Comment