Friday, December 4, 2015

PARALLELS HOLDINGS LIMITED MENGUMUMKAN PENJUALAN PLATFORM ODIN SERVICE AUTOMATION MEREKA KEPADA INGRAM MICRO

RENTON, Wash. 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Parallels Holdings Limited hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk menjual platform Odin Service Automation mereka, bersama-sama dengan teknologi pengurusan awan yang berkaitan, harta intelek dan jenama Odin kepada Ingram Micro Inc. (www.ingrammicro.com) untuk sejumlah wang yang tidak didedahkan. Urus niaga itu dijangka selesai menjelang akhir tahun 2015.

Ketika bergerak ke hadapan, unit perniagaan penyelesaian platform bersilang Parallels akan terus beroperasi sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri di bawah jenama Parallels (www.parallels.com). Unit perniagaan Plesk, yang menyediakan penyelesaian pengurusan web kepada lebih 10 juta perniagaan kecil dan hoster di seluruh dunia, akan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri di bawah jenama Plesk (www.plesk.com). Unit perniagaan Virtuozzo, yang membangunkan teknologi virtualisasi kontena yang terkemuka di pasaran, akan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri di bawah jenama Virtuozzo (www.virtuozzo.com). Ketiga-tiga unit perniagaan itu akan terus dimiliki dan dikuasai oleh Parallels Holdings Limited.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8511

No comments:

Post a Comment