Saturday, December 19, 2015

INDEKS MONETARI CHINA-ASEAN DIKELUARKAN DI NANNING

NANNING, China, 18 Dis, 2015 /Xinhua-AsiaNet/--
Korporat Kewangan China dan Perbandaran Nanning bersama-sama mengeluarkan Indeks Monetari China-ASEAN (CAMI) pertama mereka pada hari Selasa di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China Selatan. Menurut indeks itu, matawang yuan Cina, atau Renminbi, telah meningkat lebih cepat berbanding matawang negara-negara ASEAN, dan kadar itu juga lebih cepat daripada peningkatan nilai Dolar AS terhadap mata wang negara-negara ASEAN.
 
CAMI adalah perwakilan yang menyeluruh bagi kadar turun naik pertukaran monetari antara Renminbi dan mata wang negara-negara ASEAN berdasarkan data kadar pertukaran mata wang utama dan perdagangan antara China dan negara-negara ASEAN. Indeks ini akan menyediakan asas rujukan yang cekap pada pertukaran matawang untuk Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan menggalakkan kerjasama monetari dan kewangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8554

No comments:

Post a Comment