Wednesday, December 23, 2015

PANASONIC MEMULAKAN PENGELUARAN SEBATIAN PENGACUAN FENOLIK TAHAN PANAS BAGI KOMPONEN KERETA DI AYUTTHAYA, THAILAND

OSAKA, Jepun, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Sistem Automotif & Industri Panasonic Corporation akan melancarkan barisan pengeluaran untuk membentuk sebatian pengacuan fenolik tahan panas [1] untuk digunakan dalam bahagian-bahagian automotif di Panasonic Manufacturing Autthaya Co. Ltd (PMFAT). Operasi sepenuhnya dijangka bermula pada Februari 2016. Pengeluaran bahan-bahan ini di Thailand merupakan yang pertama dalam industri.

* Untuk sebatian pengacuan fenolik tahan panas, kajian Panasonic

Dengan permintaan dalam bidang automatif  dijangka meningkat di Asia Tenggara, banyak pembuat bahagian-bahagian automatif dan pengacuan mengembangkan pengeluaran mereka di rantau ini, dengan ramai membuka pembelian, R&D dan fungsi-fungsi pengeluaran di kawasan-kawasan utama di Thailand. Panasonic akan mula mengeluarkan sebatian pengacuan fenolik tahan panas di PMFAT untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dekat dengan para pelanggan dan untuk meningkatkan keupayaan pembangunan pelanggannya di Asia Tenggara. Syarikat itu juga bercadang mencipta dan memperguna permintaan global baru untuk sebatian acuan fenolik tahan panas.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8559

No comments:

Post a Comment