Saturday, December 19, 2015

FENETRE PARTNERS LANCAR PERKHIDMATAN EKSPORT TERUS P-KE-P SAKE DARI JEPUN

TOKYO, 18 Dis, 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- - Pembukaan Laman web "Sake Import dari Jepun"

Fenetre Partners, Ltd. (selepas ini "Fenetre Partners") dan Genos Group KK (selepas ini "Genos Group") melancarkan laman web "Sake Import dari Jepun" pada 17 Disember untuk menyediakan perkhidmatan eksport perniagaan-ke-perniagaan sake (arak) Jepun untuk pelanggan luar negara .

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201512166538/)

Fenetre Partners ialah sebuah syarikat perunding terkemuka dalam perdagangan, pelaburan, dan pemasaran antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2008, para pelanggannya termasuk kedua-dua syarikat-syarikat asing yang ingin memasuki pasaran Jepun dan syarikat-syarikat Jepun yang bercita-cita untuk pergi global. Firma itu telah menjalankan projek-projek antarabangsa untuk lebih 130 syarikat dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8555

No comments:

Post a Comment