Saturday, December 19, 2015

SUMMIT PARTNERS LABUR €31 JUTA UNTUK JANA PERTUMBUHAN DI SIGNAVIO

BERLIN & LONDON, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Signavio GmbH – sebuah pembekal terkemuka bagi teknologi proses perniagaan dan pengurusan keputusan berasaskan SaaS - hari ini mengumumkan penyelesaian pelaburan minoriti €31 juta daripada pelabur ekuiti pertumbuhan global, Summit Partners. Pelaburan itu akan membantu Signavio mengembangkan jejak antarabangsanya dan meneruskan trajektori pertumbuhan kukuhnya.

Ditubuhkan pada tahun 2009, dengan pejabat-pejabat di Berlin, Singapura dan Sunnyvale, Signavio adalah sebuah pembekal perisian berasaskan awan yang membantu perniagaan mereka dengan cekap, melaksana dan menguruskan proses kompleks, keputusan dan aliran kerja. Dengan tiga produknya - Editor Proses, Pengurus Keputusan dan Effektif - Signavio menawarkan satu platform transformasi proses intuitif dan kerjasama, membolehkan pematuhan, prestasi proses dan inovasi proses inisiatif seluruh syarikat. Hari ini syarikat itu memberi perkhidmatan kepada lebih 750 syarikat, perniagaan, dan organisasi di seluruh dunia dalam industri yang terdiri daripada pembuatan kepada perkhidmatan kewangan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8552

No comments:

Post a Comment