Saturday, December 19, 2015

GORDAGEN DIBERIKAN PATEN UNTUK TEKNOLOGI PENYAMPAIAN

MELBOURNE, Australia, 17 Dis, 2015 /Medianet International-AsiaNet/ --
Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat Australia yang membangunkan nutraseutikal dan farmaseutikal yang berasaskan kepada bukti, dengan sukacitanya mengumumkan aplikasi* patennya di Australia yang meliputi platform teknologi penghantaran novel untuk meningkatkan kebolehsediaan bio bagi tokotrienol telah diluluskan.

Paten itu meliputi platform penyampaian novel Gordagen, termasuk teknologi MELT3 (TM) yang digunakan untuk produk nutraseutikalnya di Amerika Syarikat dan Jepun dan juga teknologi penghantaran yang dimaksudkan bagi portfolio preskripsi mereka. Ia juga mencakupi sasaran nutraseutikal Gordagen bagi daya tahan senaman, bermulanya kesakitan otot yang tertunda dan kesihatan jantung, tanda-tanda preskripsi Syarikat itu termasuk hiperlipidemia dan kencing manis, dan juga tanda-tanda lain. Ini menyediakan syarikat itu dengan pelbagai peluang bagi pembangunan dan pelesenan produk dengan pihak-pihak yang berminat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8551

No comments:

Post a Comment