Wednesday, December 16, 2015

​FIRST ADVANTAGE DIIKTIRAF OLEH PAKAR-PAKAR SUMBER MANUSIA SEBAGAI SYARIKAT PENYARINGAN LATAR BELAKANG TERBAIK DI ASIA SELATAN

Syarikat itu mencatatkan prestasi terbaik dalam Majalah Human Resources Anugerah Vendor Terbaik Tahunan, yang diadili oleh 60 Pengarah Sumber Manusia yang utama di seluruh Asia
 
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & HONG KONG, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE)-- First Advantage, sebuah syarikat Kumpulan Symphony Technology dan pembekal terkemuka dunia bagi penyaringan latar belakang, telah memenangi anugerah dua emas dan satu perak pada Anugerah Vendor Terbaik Tahunan Majalah Human Resources di Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Anugerah itu dianjurkan oleh Majalah Human Resources, sumber utama berita yang berkaitan dengan sumber manusia di Asia. Dengan diadili oleh 60 pengarah sumber manusia yang terkemuka di Asia, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, konglomerat tempatan dan syarikat multinasional terkemuka yang lain, anugerah ini adalah satu daripada pengiktirafan tahunan bagi Sumber Manusia yang paling menjadi rebutan di Asia Selatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8547

No comments:

Post a Comment