Thursday, December 10, 2015

NTT COMMUNICATIONS LANCAR PUSAT DATA HONG KONG YANG BAHARU UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI PERUSAHAAN DIGITAL

HONG KONG, 9 Dis  (Bernama- BUSINESS WIRE) -- NTT Communications hari ini mengumumkan pembukaan Tier IV mereka yang siap siaga1 FDC2 - fasa kedua bagi Pusat Data Kewangan Hong Kong mereka. FDC2 menandakan selesainya kompleks pusat data pelbagai tujuan berharga HKD 4 bilion yang menawarkan sejumlah lebih 7000 rak, yang pada masa ini merupakan kapasiti2 yang terbesar di bandar raya itu. Direka untuk membantu perusahaan data sentrik yang semakin berkembang mempercepatkan transformasi digital, reka bentuk FDC2 yang serba canggih, cekap tenaga dan berkepadatan tinggi bukan sahaja mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) bagi pelanggan mereka, tetapi juga memberikan jarak penglihatan yang tinggi kepada komitmen perkhidmatan pusat data yang tahapnya dipertingkatkan.

"Hong Kong berada di persimpangan inisiatif pembangunan 'One Belt, One Road' China di mana perdagangan bandar raya itu dengan negara-negara Asia dan Eropah di sepanjang koridor perdagangan itu telah mencapai USD 670 bilion pada tahun 2014, yang mencakupi 66 peratus daripada jumlah perdagangan di bandar raya itu. Walau bagaimanapun banyaknya syarikat tempatan, Tanah Besar China dan perusahaan global masih belum benar-benar dapat berubah kepada sebuah perusahaan digital dengan strategi pusat data masa hadapan untuk menghadapi pertumbuhan mobiliti yang berleluasa, IoT, awan dan data yang besar. Penubuhan FDC2 bertujuan untuk menangani permintaan yang akut bagi transformasi digital perusahaan ketika mereka mengambil kesempatan daripada peluang-peluang perniagaan global,” kata Encik Tetsuya Shoji, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, NTT Communications Corporation.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8529

No comments:

Post a Comment