Wednesday, December 6, 2023

PERSIDANGAN TEH PUTIH ANTARABANGSA YANG PERTAMA BERMULA, FUDING SEBAGAI TUAN RUMAH TUNGGAL BAGI PERSIDANGAN TEH PUTIH ANTARABANGSA ITU

 



FUDING, China, 5 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 30 November, dengan bertemakan "Fuding, Tempat Lahirnya Teh Putih, Satu Masa Depan Bersama yang Menguntungkan Semua Pihak", Persidangan Teh Putih Antarabangsa yang pertama itu telah diadakan di Bandar raya Fuding. Wakil daripada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pakar-pakar dan cendekiawan dari sektor teh antarabangsa, usahawan terkemuka, wakil kedutaan, ketua bagi wilayah pengeluar teh utama dan wakil pembeli, adalah di antara tetamu kehormat yang lain yang menghadiri Persidangan itu. Acara itu dijangka dapat menjanakan satu konsensus mengenai kesalinghubungan global untuk kerjasama, dan bagi melakarkan satu pelan tindakan baharu untuk Teh Putih Fuding untuk menembusi peringkat global, demikian menurut Pusat Media Penumpuan Bandar raya Fuding.

Pada majlis perasmian itu, Bandar raya Fuding telah dilantik oleh Jawatankuasa Teh Antarabangsa dan Dewan Perniagaan Import & Eksport Bahan Makanan, Hasil Asli & Hasil Sampingan Haiwan (CFNA) China sebagai tuan rumah tunggal bagi Persidangan Teh Putih Antarabangsa. Ini merupakan satu lagi penghormatan berprestij bagi Bandar raya Fuding selepas ia dinamakan sebagai tempat kelahiran bagi teh putih dunia dan industri budaya teh putih dunia serta pusat sains dan teknologi.

Acara itu telah dirancang di bawah bimbingan UNESCO, UNIDO dan Kumpulan Antara Kerajaan (IGG) FAO mengenai Teh, dihoskan bersama oleh CNFA dan Jawatankuasa Teh Antarabangsa, dan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Teh CNFA dan Kumpulan Kepimpinan Bandar raya Fuding mengenai Pembangunan Industri Teh.
 
Sumber: Pusat Media Penumpuan Bandar raya Fuding
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443564
 
   Kapsyen: Persidangan Teh Putih Antarabangsa yang pertama

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment