Friday, December 8, 2023

"GIGAFARM" MAMPU MENGGANTIKAN 1% MAKANAN IMPORT UAE DAN AKAN DIBINA DI DUBAI FOOD TECH VALLEY

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 8 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Food Tech Valley telah menandatangani perjanjian di COP28 dengan ReFarmTM untuk memulakan pembinaan "GigaFarm", satu inovasi teknologi yang akan mengubah dunia, dengan keluasan 900,000 kaki. Ladang inovatif “sisa kepada nilai” ini akan mampu mengitar semula lebih daripada 50,000 tan sisa makanan dan menanam dua bilion tumbuh-tumbuhan setiap tahun.


ReFarmTM ditubuhkan di UAE oleh SSK Enterprise dan Chirstof Global Impact (CGI) sebagai kumpulan syarikat yang fokus kepada projek berkaitan kitaran dan teknologi bersih. Jenama ini telah memilih teknologi pertanian menegak yang dibangunkan oleh pembekal infrastruktur Intelligent Growth Solutions (IGS) dan bersedia untuk memulakan pembinaan pada pertengahan 2024 di Food Tech Valley Dubai, satu pembangunan induk yang dilancarkan oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan diterajui oleh pemaju hartanah utama Dubai, Wasl. ReFarmTM telah melantik bank utamanya untuk menguruskan sokongan daripada Kewangan Eksport UK di bawah Jabatan Perniagaan dan Perdagangan Kerajaan UK.

Sebagai perintis di global, enam teknologi pelengkap akan dikolokasi di tapak Dubai Food Tech Valley sebagai sebahagian daripada sistem kitaran tertutup “sisa kepada nilai”, membangunkan ekosistem lengkap yang direka bentuk untuk memaksimumkan kecekapan sumber dan mengelakkan daripada sebarang sisa dibuang ke tanah timbus.

Dengan kemampuan untuk mengeluarkan lebih daripada tiga juta kilo hasil ladang setiap tahun, tapak tersebut akan menyokong langkah UAE ke arah menyahkarbon pengeluaran makanan, menggantikan 1% daripada import hasil segar negara tersebut. Pembinaan dijadualkan untuk bermula pada pertengahan 2024, dengan tapaknya yang dijangka untuk beroperasi sepenuhnya pada 2026.

HE Dr Thani bin Ahmed Al Zeyoudi, Menteri Negara Perdagangan Luar UAE berkata:"Strategi pertumbuhan ekonomi Emiriah Arab Bersatu amat memfokus kepada kepelbagaian dan kelestarian, termasuk pembangunan pengetahuan dan kemampuan baharu dalam industri berimpak tinggi.

"Memikirkan semula tentang sistem pengeluaran makanan kami merupakan keutamaan yang jelas, dan keputusan ReFarm untuk melancarkan fasiliti di Food Tech Valley Dubai merupakan langkah maju yang signifikan untuk pembangunan sektor karbon rendah berteknologi tinggi."

Oliver Christof, CEO di Christof Global Impact (CGI), mengatakan: "Perkara yang telah dicapai sepanjang 36 bulan lepas di UAE ialah satu inovasi teknologi yang akan mengubah industri makanan lestari. Faktor kunci kepada kejayaan ini ialah kepimpinan UAE yang berfikiran terbuka serta sangat memfokus kepada kitaran, maka ini telah membenarkan kami mengumpulkan pelbagai kumpulan, termasuk pelbagai pihak berkepentingan."

Butiran hubungan akhbar:

Carla Furneaux

+447976226408

cfurneaux@webershandwick.com

Steven Flanagan

sflanagan@webershandwick.com

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1662d97a-085e-4e52-a984-01f0cd8ce049 

SUMBER : ReFarm TM

No comments:

Post a Comment